Lihat gambar ;
Sedikit pengenalan mengenai rekabentuk bangunan baru DBKL ;
REKAAN bangunan dari syarikat arkitek Hijjas Kasturi Associates Sdn. Bhd telah dipilih sebagai pemenang bagi reka bentuk menara baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2 yang dijangka pembinaannya akan bermula pada akhir tahun hadapan.Rekaan unik dan kontemporari yang diilhamkan oleh pereka Hijjas Kasturi itu telah memberi nilai tambah kepada kejayaan mereka.Bangunan setinggi 57 tingkat itu nanti akan menerapkan konsep mesra alam, bangunan karbon rendah dengan mencapai indeks hijau serta sebuah bangunan yang berteknologi tinggi.
Sumber.
Buat kerja macam haram sibuk nak bangunan baru. Aku memang akan sangka jahat pada DBKL. Aku tatau la kenapa perasaan syak neh ada. Jangan2 dengan saman sana saman sini beria2 saman peniaga adalah semata2 nak melengkapkan jumlah wang bagi membolehkan pembinaan berjalan dengan lancar.
Mana kita semua nak tahu kan. Btw. Memang terbukti bina bangunan baru yang bernilai 300 juta tue guna duit rakyat. Jawapan bertulis dibentangkan di parlimen bagi menjawab ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Baca ;
PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA :PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
TARIKH : 25 MAC 2015
SOALAN : 14
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan secara terperinci tentang kos pembinaan dan kebaikan untuk membina ibu pejabat DBKL yang baru pada waktu kegawatan ekonomi sekarang. Nyatakan kegunaan bangunan DBKL yang sedia ada dan syarikat yang telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Ahli Yang Berhotmat Seputeh, pembangunan semula Menara DBKL 2 akan melibatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM300 juta, dengan peruntukan tahun 2015 berjumlah RM1 juta adalah bagi kerja-kerja penyediaan reka bentuk.
Menara 2 DBKL sedia ada berfungsi sebagai pejabat bagi beberapa jabatan dalam DBKL, manakala cadangan Menara DBKL yang baru dirancang untuk menyediakan ruang khas setempat lengkap dengan automasi untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan konsultasi. Untuk tujuan ini, jabatan-jabatan yang terlibat akan ditempatkan secara berpusat supaya DBKL dapat memberikan perkhidmatan yang efisien dan menjamin “World Bank Ranking” berada di tahap teratas secara berterusan. Menara ini juga akan disediakan pelbagai kemudahan masyarakat termasuk pusat komuniti, ruang pameran, ruang riadah, perpustakaan yang akan direka bentuk sebagai bangunan awam yang dilengkapi dengan ruang komersil dan business centre serta function rooms untuk disewakan kepada orang awam. Ia juga akan menyediakan kemudahan pengurusan secara berpusat bagi mengurangkan kos pengurusan dan logistic, menjimatkan masa dan kewangan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelantikan konsultan/kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan menara DBKL 2 ini sebenarnya belum dibuat kerana ia masih di peringkat perancangan. Sekiranya dilaksanakan, projek ini dijangka siap selepas tahun 2020.
-----------------------
Inila perangai orang2 atasan. Mereka sentiasa sibuk nak bangunan baru la yang dikemaskini bagai la yang lengkap dengan serba serbi kemudahan la tapi prasarana untuk sekolah dan kesihatan masih di tahap yang lapuk. Sebab apa? Kalau untuk rakyat cikai2 jadi la. Kalau untuk orang2 atasan mesti nak segalanya yang terbaik. 300 juta dari bagi DBKL bina bangunan baru (padahal tak memerlukan pun) baik lengkapkan prasarana di sekolah2 terutama di kawasan terpencil, kampung2 dan daerah. Sedih tengok sekolah2 kat sana. Sekolah macam bukan sekolah woo..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.