`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 25, 2015

Memahami Isiu hudud-bahagian 1

Image result for hudud kelantan

PAS kena tipu dengan UMNO- sekali lagi.

Sudah ada tanda2 PM Najib dan UMNO tidak akan sokong bill Hj Hadi bulan Mei ini. Mereka akan kata –kita tak tolak hudud tapi kita tidak mampu lagi. Dan ada kebenaran dalam apa yang mereka katakan.

Seperti kata bekas mufti al azhar, Sheikh Ali Jumaah, zaman ini tidak melayakkan aplikasi hudud. Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Mungkin itulah sebab nya- tapi sebagai makhluk politik, tindakan kerajaan Najib tidak dapat dipisahkan dari konotasi politik. Realitinya, hudud diasosiasikan dengan rejim kuku besi, negara yang mundur, miskin, pemerintah yang menindas dan zalim- Najib tidak akan mahu Malaysia dianggap demikian. Dalam bab ini, saya kena setuju.

Saya tidak fikir kita mahu Malaysia menjadi seperti negara2 yang melaksanakan hudud seperti Pakistan yang setiap hari kita dengar berlaku honour killing, Sudan sebuah negara yang hancur lebur dengan kemunduran, perang saudara dan kemiskinan. Bahkan macam Saudi Arabia yang kaya raya tapi penduduk tertekan dan tertindas dan golongan elit kaut segala kekayaan dan menggunakan hudud untuk menekan dan menindas.

Secara amnya, negara yang mengaplikasikan hukum hudud adalah antara negara yang paling mundur dan miskin.

Ini semua mendatangkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri- yakni Islam dikaitkan dengan segala kemudharatan dan musibah masyarakat. Islam juga dikaitkan dengan keganasan, pancung kepala, sula, honour killings, bom sini dan bom sana. Bentuk2 kezaliman dan keganasan ini mendatangkan fitnah kepada agama kita sedangkan Islam itu agama selamat dan kasihkan umat.

Dalam keadaan dan persekitaran yang demikian, adakah ianya langkah bijak untuk melaksanakan hukum hudud?

Saya sebagai orang awam, yang cuba menghidupkan Islam dalam kehidupan harian setakat termampu, bertanya, priority kita atau keutamaan kita – adakah ianya melaksanakan hukum hudud?

Saya tahu ada hujjah memakai prinsip fiqh aulawiyyat dalam hal ini; saya memilih untuk merumus aspirasi orang awam yang bejantung, berdenyut dan bernadi itu. Apa yang mereka mahu dari hidup ini? Apa yang orang Islam awam mahukan?

Orang awam Melayu Islam mahukan kehidupan yang makmur- ada perumahan,ada pendapatan, anak2 berpelajaran, ada kerja, ada maruah, ada masjid dan surau. Dapat berpuasa, beribadat dengan aman, takde orang kacau agama Islam, dapat dengar tazkirah, dapat puasa, dapat naik haji. Ada system kehakiman dan keadilan- mereka tak serabut fikiran pun memikir system kehakiman apa yang kita pakai. Asal sahaja system itu mendatangkan yang maaruf dan menjauhkan mungkar.

Saya tahu orang PAS tidak suka dengar ini- orang awam tak rasa tidak apply hudud, mengurangkan Islam mereka. Jadi mengapalah PAS meletakkan ini sebagai perkara yang terpenting?

Sekarang ini kita orang Islam pun hidup dengan beberapa hukum syariah yang ditadbir oleh mahkmah syariah dalam setiap negeri. Syariat Islam sudah ada, dan amalan agama Islam dalam negara kita, saya rasa memadai dengan level kesedaran beragama negara kita. Saya tidak fikir kalau kita tangguh hukum hudud, Islam kita, aqidah kita akan goyang. 

Saya rasa tidak guna dan pointless berdebat dengan PAS mengenai konsep hudud itu sendiri. Mereka pun mahir dalam perkara ini – saya tidak akan gunakan hujjah- oh ini hudud PAS maka kita tak sokong. Saya percaya PAS mempromosikan hudud Allah itulah jua dan saya tidak terimalah tuduhan mengatakan PAS pandai2 buat undang2 sendiri. Perkara agama ini, bukan kita boleh main2.

Soalan yang kita tujukan kepada PAS hanyalah adakah melaksanakan hukum hudud ketika ini, dengan keadaan masyarakat Islam begini rupa, akan further the cause of Islam atau menambahkan fitnah keatas Islam?

Saya rasa tugas dan keutamaan kita yang paling hadapan ialah menghilangkan fitnah keatas agama Isam sebagai agama orang miskin, negara miskin, negara mundur, negara ganas, negara buta huruf, negara paling berpenyakit.

Dalam keadaan yang meragukan, kita mohon pada Allah, (bukan daripada PAS), kita mohon tangguh dahulu perlaksanaan hudud. Orang awam sudah puas jika boleh melaksanakan syariat Islam, boleh sembahyang dengan tenteram, boleh buat masjid dan surau, boleh berpuasa, bayar zakat, menjalankan rukun Islam dan rukum iman, boleh belajar agama, berada dalam aman damai. Orang Melayu yang beragama Islam hendak juga menikmati kekayaan, pendapatan yang lebih tinggi, kesihatan yang lebih baik, perumahan yang lebih baik, dan sebagai nya. Selepas perkara2 ini, sebagai orang Islam, kita semua mahu selamatkan Islam dari pelbagai fitnah.

Saya rasa kita mesti mengutamakan perkara2 lain. Sebab itu saya rasa bill yang mahu dibentangkan oleh Haji Hadi bukan masanya. Oleh yang demikian, elok saya nyatakan seawal ini, saya tidak akan menyokong bill Haji Hadi. 

Kita tidak hendak bertelagah dengan orang pas pasal hudud. Kalau nik amar atau lain hendak lebih dari apa yang orang awam hendak- kita tak sekat meraka. Solusinya simple- dapat kuasa melalui proses demokrasi, bentuk negara Islam, bangunkan keadilan Islam dan laksanalah hudud setelah itu.Untuk menjayakan agenda itu, PAS mesti menyertai permufakatan mengnyahkan BN dari Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.