`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 26, 2015

Memahami Isiu Hudud- Bahagian 2

Image result for hudud kelantan

Bahagian 2.

Dalam bahagian 1, saya bertanya- adakah perlaksanaan hukum hudud waktu ini, menganjakkan misi politik Islam kehadapan? Will it further the cause of Islamic political agenda?

Apa misi Islam? Masyarakat bertaqwa, negara Islam, perlembagaan Islam, keadilan Islam. Lihat misalnya; Quran 22:41. Kita kena tanya apa yang mesti didahulukan- masyarakat taqwa, negara islam, undang2 Islam atau syariah dan akhir sekali hudud?

Jangan kita ingat, hukum hudud memadai dengan pengistiharan. Dari segi infrasruktur nya pun belum ada- mahkamah, hakim, kualiti hakim, polis syariah atau pelaksana, pendakwa raya, pembela dan sebagainya. Jika kita tidak menyediakan perkara ini, masyarakat, bukan sahaja Islam, akan melihat keadilan Islam ini tidak ada perkara lain dari rejam dengan batu, kerat tangan dan kaki, pancung kepala, sula, sebat dengan rotan. 

Kelemahan kita memikirkan keperluan dan kegagalan kita mengujudkan supporting environment akan hanya meningkatkan fitnah terhadap agama Islam, keadilan islam dan orang Islam itu sendiri.

Semua orang Islam menginginkan negara Islam yang diasaskan diatas prinsip mengajak orang melakukan yang makruf dan menolak dan menentang segala bentuk kemungkaran. Saya percaya pemimpin dan penyokong PAS jujur dalam pengejaran cita2 ini. Sebab itu, saya ingin ulangkan sekali lagi, walapun saya berbeza pandangan dengan pas dalam meletakkan keutamaan, saya tidak akan kata- hudud yang mahu dimajukan mereka itu hudud PAS. Saya terima, semua terima, hudud yang ada ialah hudud Allah itulah jua.

Ini bukan soal , kita orang Islam hendak laksanakan undang Islam pun kena dapat kelulusan dari bangsa bukan Islam. Bukan- jalan keluar ialah mendapatkan kuasa, setelah dapat kuasa, bangunkan perlembagaan Islam dan dari situ, laksanakan hudud. Jika kita bertindak sebagai orang yang putus asa dan beranggapan bahawa cara untuk mencapai cita2 hudud ialah melakukan perperangan- gerakan Islam akan gagal sebelum ianya bermula pun.

Sebab itu saya katakan- kelihatan usaha menghududkan masyarakat ialah melalui kerajaan yang diktator, yang memerintah ikut muncung senapang. Itu bukan imej politik Islam yang kita hendak hidupkan. Agama Islam agama selamat lagi menyelamatkan dan agama yang kasihkan umat, bukan membunuh umat.

Hari ini keadilan Islam dilambangkan oleh Islam yang dibawa oleh ISIS, oleh boko haram, oleh kumpulan ganas yang lain. Inilah saya maksudkan dengan fitnah keatas politik Islam.

Cabaran parti politik Islam dan gerakan Islam yang lain ialah meyakinkan semua orang, Islam dan bukan Islam sama ada keadilan Islam( yang hudud merupakan 0.0001% dari nya- mengikut Haji Hadi sendiri), boleh dilaksnakan melalui cara aman. Bukankan Islam itu agama nasihat? Islam itu agama selamat dan agama aman. Jika ia tidak dapat dilakukan- seperti yang berlaku sekarang, ertinya keadaan belum lagi kondusif.

Kita lihat sahajalah- perbezaan pandangan mengenai hudud pun mengundang ugutan bunuh, ugutan berperang dan sebagainya. Bayangkan jika hudud dilaksanakan- lasykar2 Islam berkeliaran mencari pesalah untuk duhududkan. Kekhuatiran hudud digunakan untuk tindakan balas dendam dan menindas adalah real.

Kalau begitu, Sheikh Ali JUmaah bekas mufti alzahar dan al Qaradawi pun bukan orang Islam kerana menagguhkan hudud?

Fitnah kepada konsep Keadilan Islam.

PAS kata mereka mahu melaksanakan perintah Allah dan kita tak ada sebab untuk sangsi dengan komitment mereka. Saya berterima kasih kepada PAS menyedarkan masyarakat mengenai isiu hudud. Saya berterima kasih lagi kerana PAS melakukan nya secara demokratik yakni mengikut prosidiur dan amalan demokrasi.

Malangnya, apa  yang sebenarnya berlaku hari ini, ialah gologan yang mahu mempromosikan hudud dan hukum syariah dan Islamic justice adalah golongan2 yang mengembangkan Islam by the sword.

Golongan pengganas dan kejam yang beria ria sangat mengaplikasi hudud. Pelbagai bentuk kekejaman dilakukan atas nama keadilan Islam- bunuh sesama Islam, mengkafirkan orang Islam, mengganasi wanita, memiskin dan memundurkan negara, mengamalkan gaya hidup yang kotor, muram dan sebagainya.

Dalam bahagian ini, saya tidak akan kata hukum hudud yang pas mahu laksanakan itu tidak betul; saya sudah pun menyatakan pas terdiri orang2 yang taqwa. Orang yang taqwa bukanlah golongan yang mengadakan hukuman sendiri sendiri. Saya boleh berbeza pandangan politik dengan PAS tapi mengenai kejujuran dan sincerity mahukan Islam, saya tidak ragu. Apatah lagi bila bercampur dengan pemimpin2 yang alim dan warak dalam parti tersebut, saya perakui kejujuran mereka.

Dalam bahagian ini, saya mahu membentangkan tafsiran alternative terhadap hudud.

Satu hari ketika dalam kereta, saya mendengar sedikit syarahan agama oleh seorang ustaz mengenai puasa. Selama ini, saya tahulah puasa dari segi teknikal nya, kebaikan puasa dsb. Tapi point yang ustaz itu sebut- saya tidak akan lupa- puasa itu mendidik kita meninggalkan kebiasaan. Yang biasa kita buat ialah makan dan minum, bersama dengan isteri dan lain2. Untuk suatu tempoh masa, kita tingalkan apa yang biasa kita lakukan. Hasil nya pelbagai.

Saya pakai prinsip yang sama bila berceramah- orang Melayu mesti tinggalkan yang biasa mereka lakukan yakni menyokong UMNO. Berhenti sokong UMNO dan nikmati hasil nya.

Dalam kes hudud ini, pun saya dengar penceritaan mengenai seorang wanita yang berzina yang mengaku melakukan didepan Nabi Muhammad saw. Wanita itu hamil dan buat perakuan depan Rasulullah bahawa anak tersebut hasil zina. Rasulullah enggan menerima pengakuan tersebut sehingalah 3 kali. Akhirnya setelah selesai melahir dan anak habis disusui, barulah hukum hduud dilaksanakan.

Apa pengjaran nya kepada kita? Pengajajaran nya mengikut ustaz saya ialah hukum hudud bukanlah sesuatu yang disegera segerakan, dianjur anjurkan, diusaha usahakan dan di heboh hebohkan. Kalau boleh dielakkan kerana konsep keadlan Islam ialah compassion, kasih sayang dan ugama yang selamat lagi menyelamatkan.

Demkian juga dengan cerita dari sejarah Islam. Pada zaman pemerintahan Harun Aminurrashid- seorang pesalah zina mahu dijatuhkan hukum rejam batu. Khalifah menetapkan orang yang hendak rejam batu mesti terdiri dari mereka yang tak pernah tinggal solat subuh sejak mereka baligh. Adakah orang ini dalam kumpulan perejam? Oleh kerana tidak ada, maka hukuman zina itu tidak dilaksnakan.

Maka jika kita menyegerakan hukum hudud sehinga kelihatan tidak menyabar, itu akan membawa fitnah kepada konsep keadilan Islam.

Kita semua ada tanggung jawab menyekat perkara ini dari berlaku yakni menyekat fitnah keatas konsep keadilan Islam. Keadilan islam itu tidak diwakili oleh pancung, rejam batu, kerat tangan dan kaki, sebatan dan sula. Keadilan Islam ialah mengenai keampunan, memaafkan, memberi peluang kepada pesalah membaiki diri.

Zaman ini sedikit sangat yang soleh dan solehah, yang boleh menjamin hudud dilaksanakan dengan alim dan menepati konsep keadilan Islam. Cara PAS untuk bergegas serta bersegera melaksanakan hukum hudud- menghantar isyarat golongan ekstemis sudah mahu melancarkan reing of terror. Oleh kerana ini, kita kena sekat kemunculan golongan yang menggunakan hudud dan keadilan Islam melakukan keganasan.

Dalam membentuk suatu Qanun kesiksaan- kita tahu antara ramuan nya ialah menjatuhkan hukum dan membuat si pesalah rasa sesakit yang dirasai mangsa nya. Ini penting tapi yang sama penting ialah untuk memperlihatkan kepedulian dan belas ehsan dan memberi peluang kepada pesalah bertaubat dan menyesali perbuatan nya dalam membentuk dasar qanun kesiksaan.  

Sebab apa? Sebabnya Islam memperakui bahawa jinayah dan salah laku tidak terpisah dari masyarakat. Yakni masyarakat secara tidak lansung tersangkut dengn perbuatan salah laku tersebut.

Saya mencari apakah dalam Islam itu sendiri, ada alasan2 untuk menangguh aplikasi hukum hudud? Jawapan nya ialah ada. Didalam keadaan yang meragukan untuk mengelak fitnah keatas politik Islam, mengelak fitnah ketas konsep keadilan Islam, keadaan masyarakat yang belum sedia, keadaan umat Islam yang lemah dan mundur, hudud boleh ditangguhkan. Kita akan berjumpa dengan prinsip aulawiyyat yakni mengatur priority.

Atas alasan2 yang membenarkan kita menangguh hudud dan percaya keadaan yang menghalang perlaksanaan hudud itu ada di Malaysia, maka saya tidak dapat menyokong bill hudud yang akan dibentangkan oleh TG Haji Hadi.

Sementara saya akan undi tidak, ingin saya nyatakan hormat saya dan mulia saya kepada golongan warisatul anbia tidak sikit pun berkurang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.