Wanita Tanggal Pakaian, Aksi Lucah Dalam Pesawat
KL: Seseorang yang perperangai tidak senonoh di khalayak awam pastinya akan menarik perhatian khalayak umum, bukan saja di Malaysia, negara-negara Islam malah negara Barat.
Jika ianya berlaku, individu itu akan sama ada dianggap tidak waras atau tidak bertamaddun. Bayangkanlah sekiranya ia berlaku di dalam pesawat!
Demikian lapor FMT pagi ini.
Hal ini berlaku di dalam penerbangan British Airways dari Jamaica ke London. Seorang wanita dikatakan telah bertindak menanggalkan pakaian serta melakukan aksi lucah dalam penerbangan itu, lapor mStar Online memetik berita mirror.co.uk.
Wanita warga British berusia 46 tahun dari barat daya London itu ditahan, dipercayai berkelakuan demikian kerana telah mabuk. Dia dibawa keluar sebaik sahaja penerbangan tersebut mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 19 Mac lalu dari Kingston, Jamaica.
Dia didakwa kerana menyebabkan gangguan di dalam pesawat itu selain berkelakuan tidak senonoh. British Airways bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu tetapi mengesahkan pihak polis dipanggil berhubung kejadian berkenaan.
Satu tinjauan yang dikeluarkan tahun lalu menunjukkan seorang daripada tujuh pelancong warga British mengakui mabuk di dalam pesawat semasa menaiki penerbangan untuk bercuti. Hampir satu pertiga daripada mereka berkata telah mengambil minum beralkohol itu untuk menenangkan diri kerana gemuruh menaiki penerbangan.
Mabuk itu menghilangkan akal. Tak kira samada pengaruh alkohol, dadah atau lain-lain. Islam melarang akal yang sihat dihilangkan. Tidak dapat dipastikan samada sekarang ini syarikat penerbangan rasmi negara umat Islam Malaysia (MAS) masih memberi arak percuma kepada penumpangnya setelah mendapat bantahan dari umat Islam.
Arak punca kejahatan, dianggap najis kencing syaitan.
(IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.