`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 28, 2015

Wanita ditemui mati bogel dalam bilik hotel

mayat-wanita
Kuching
 – Seorang jurujual wanita ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat menggunakan tali dipercayai dibunuh dalam bilik hotel di Jalan Green Hill, di sini, pagi tadi.
Mangsa berusia 42 tahun dilaporkan menginap di hotel berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum mayatnya ditemui atas katil pada 11.30 pagi selepas polis menerima panggilan daripada kakitangan hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Roslan berkata, siasatan awal mendapati mayat terbabit ditemui pekerja hotel dalam keadaan terbaring serta ditutup dengan selimut.
“Malah, polis mendapati kedua-dua tangan dan kaki diikat menggunakan tali. Polis turut menemui kesan jerutan serta cekik pada leher sekali gus tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh.
“Maklumat diperolehi mendapati mangsa membuat daftar masuk di hotel berkenaan sejak Rabu lalu. Pada masa sama, tiada senjata ditemui dalam bilik hotel berkenaan,” katanya.
Katanya, berikutan itu, polis melancarkan gerakan mengesan suspek di sebalik kejadian ini, lapor Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.