`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 28, 2015

Hubungan seks suami isteri perlu ‘harmoni’, kata mufti Perlis

Islam menyarankan hubungan seks suami isteri perlu dalam keadaan harmoni, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 April, 2015.Islam menyarankan hubungan seks suami isteri perlu dalam keadaan harmoni, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 April, 2015.Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata Islam menyarankan hubungan seks di antara suami dan isteri perlulah dalam keadaan harmoni dan tidak menyakiti di antara satu sama lain.
Katanya, persetubuhan secara paksa dan kasar dan menyebabkan satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan suami dan isteri.
"Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan.
Asri berkata, dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak permintaan suami untuk melakukan hubungan seks sekiranya boleh mendatangkan kemudaratan.
“Seperti suami penghidap AIDS dan penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.
 “Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya,” tulis Asri yang juga pendakwah popular.
Media melaporkan sebelum ini Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai berkata tiada istilah rogol bagi pasangan yang berkahwin dalam Islam kerana suaminya mempunyai hak ke atas isterinya.
Harussani berkata terdapat hadis daripada Naib Muhammad mengatakan sekiranya pasangan berkenaan sedang menunggang unta dan si suami meminta isteri melakukan hubungan seks, dia mesti melakukannya.
Bagaimanapun Asri yang pernah mengajar di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata hubungan seks dalam Islam perlu dilakukan tanpa menyakiti pasangan serta dengan rela tanpa sebarang paksaan.
"Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah sudah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.
"Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa," tulisnya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.