`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 24, 2015

Bukannya Melayu dipinggirkan dlalam perumahan 'i-Condo' tu.. sebenarnya..


Akhirnya tindakan beberapa pihak pro pembangkang Pulau Pinang menerusi media baru seperti facebook dan whatsapp seakan cuba menggambarkan pentadbiran Guan Eng menindas kaum Melayu di negeri ini, disanggah oleh EXCO Perumahan sendiri.

Lambat memang diakui sangat lambat dan lembab sekali respon mereka, mungkin mereka buta IT atau yang seangkatan dengannya hingga hampir seminggu baru isu ini dijawab..

Tapi lebih baik lambat dari tak dijawab langsung.

Berikut adalah penjelasnnya.. 

Seorang Melayu dan 32 Cina berkenaan sebenarnya adalah mereka yang berjaya mendapat surat tawaran daripada Kerajaan Negeri sahaja, untuk membeli rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di Projek i-Condo @ One Foresta dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan bahawa Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri setakat kini baru menerima dan memproses 238 permohonan sahaja, sungguhpun bilangan rumah mampu milik berharga RM300,000 dalam projek tersebut keseluruhannya berjumlah 2,685 unit.

"Kelulusan permohonan dilakukan secara berkala, dan 33 ini adalah senarai penerima pertama yang diluluskan oleh Jawatankuasa (Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan, SPEC).

"Masih ada banyak lagi unit untuk ditawarkan kepada semua kaum, (maka) saya sarankan Bumiputera yang layak supaya mohon sekarang (rumah mampu milik) kerana senarai menunggunya tidaklah sepanjang permohonan untuk rumah kos rendah dan kos sederhana rendah," jelas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat di sini, tengah hari tadi.

Penjelasan itu sekaligus menyanggah dakwaan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri hari ini cuba menafikan hak Melayu dan Bumiputera untuk menikmati kuota 30 peratus unit rumah dalam projek tersebut.

"Soal mengambil pihak mana-mana kaum langsung tak timbul, dan adalah suatu fitnah yang besar. "Sekiranya mereka memohon dan layak, maka unit rumah akan ditawarkan di dalam projek-projek perumahan yang lain.

"Selain daripada unit perumahan berharga RM300,000 ini, ada juga jenis harga yang lain, termasuk (Rumah) Kos Rendah (RM42,500 seunit) dan Kos Sederhana Rendah (RM72,500 unit) untuk dimohon oleh semua kaum, termasuk Bumiputera," jelas Jagdeep.

Tambahnya lagi, kuota Rumah Kos Rendah untuk Bumiputera adalah sebanyak 50 peratus, manakala Cina dan India masing-masing diberi 35 peratus dan 15 peratus.

Bagi Rumah Kos Sederhana Rendah pula, katanya, kuota agihan untuk Bumiputera adalah sebanyak 30 peratus, manakala, Cina dan India masing-masing diberi 55 peratus dan 15 peratus.

"Rumah Mampu Milik (berharga RM200,000, RM300,000 dan RM400,000) ini adalah kategori yang baru di Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) ikut kuota seperti Rumah Kos Sederhana Rendah," jelas Jagdeep lagi.

Terdahulu, kontroversi isu ini timbul susulan tersebarnya gambar surat pekeliling Kerajaan Negeri yang menyebut seorang Melayu sahaja ditawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 di projek i-Condo @ One Foresta, sedangkan baki 32 penerima lain adalah berbangsa Cina.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.