A Kadir Jasin
BABAK 2. Seorang muda India Malaysia di Mid Valley Mega Mall berkata kepada saya pena lebih hebat daripada pedang (the pen is mightier than the sword).
BABAK 3. Netizen (warga Internet) membuat jenakan mengenai kejatuhan nilai ringgit dengan mewabakkan gambar isteri Perdana Menteri bersama isteri Presiden Obama.
Naik bukit mengait cempedak..... |
Maksud dan semantiknya sudah rosak jahanam terkena sumpahan, sentuhan dan badi Sang Kelembai. Pertimbangkan fakta berikut:
1. Orang tua misteri yang berbahas mencari kebenaran demi menyelamatkan negara dituduh mahu menggulingkan kerajaan. Tetapi tidak ada kejantanan untuk mendedahkan siapa “orang tua” itu. Meminjam bahasa kontemporari generasi muda, Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib bin Abdul Razak mungkin telah “dikencingkan” oleh “orang tua” itu. Timbalan Perdana Menteri baru (Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi berkata “orang tua” itu akan jumpa PM, tapi tidak jumpa. Jadi orang tua misteri itu telah “kencing” PM.
2. Kerajaan sudah jadi sinonim dengan Mohd Najib dan konco-konconya. Daripada Perdana Menteri untuk semua, keterangkuman (inclusiveness) dan rakyat didahulukan dia sudah menjadi Perdana Menteri untuk yang setia, eksklusif dan kelangsungan diri diutamakan.
"All the President's men" |
4. Ungkapan pena lebih berkuasa daripada pedang juga sudah menjadi sebuah klise kerana pena kini bukan berlawan dengan pedang. Ia bukan pertarungan antara kebijaksanaan (pena) dan kekerasan (pedang).
5. Pena mungkin tetap pena tetapi lawannya bukan pedang. Musuh pena dalam era Sang Kelembai 1MDB adalah wang dan kuasa!
6. Dalam keadaan di mana pena berlawan dengan wang dan kuasa, pena berkemungkinan kalah. Apatah lagi apabila ada pena yang tintanya sudah diwarnai wang dan kuasa.
7. Pena berfikir dan bertindak berdasarkan kebijaksanaan harian (conventional wisdom). Tindak-tanduk PM serta konco-konconya tidak berpaksikan kebijaksanaan konvensional separti kita fahami dan amali. Tindak-tanduk mereka berpaksikan dolak-dalik, putar-belit, pemesongan maklumat dan pendustaan.
Apa Kesudahannya?
1. Rakyat jelata terpaksa menggunakan kaedah-kaedah konvensional lain yang dibenarkan oleh perlembagaan dan demokrasi seperti berhimpun secara aman untuk menunjuk perasaan.
Perlembagaan benarkan perhimpunan aman |
3. Kalau tidak berlaku perubahan segera, rakyat jelata akan terus menderita sambil menunggu kedatangan pilihan raya umum (PRU) dua atau tiga tahun lagi untuk memilih perwakilan baru memerintah negara.
4. Sementara itu, kerajaan yang terdesak dan menderita defisit kepercayaan (trust deficit) yang teruk tidak lagi mampu menangani pelbagai isu ekonomi yang datang bertimpa-timpa.
5. Nilai ringgit terus menjunam setelah jatuh ke bawah paras psikologi RM4, rizab mata wang asing Bank Negara merudum ke bawa AS$100 bilion buat pertama kali dalam masa lima tahun, pelabur asing dan tempatan membawa keluar modal, orang kaya menukar ringgit kepada mata wang asing untuk melindungi nilai (hedging), pengguna takut berbelanja dan harga barang-barang import naik kerana nilai ringgit jatuh.
Maka jadilah kita rakyat jelata seperti dalam cerita Sang Kelembai. Yang mati dihempap pokok adalah anak Sang Kelembai dan yang menjadi batu terkena sumpahan Sang Kelembai adalah gajah.
Bersolek berdandan menjaga keterampilan |
Naik bukit mengait cempedak
Cempedak duduk di seberang sana
Muka putih berlumur bedak
Tapi perangai pula tak guna.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.