`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 28, 2015

Kita Yang Ramai Lawan Mereka Yang Sedikit.



Sekali lagi, artikel ini saya tulis dalam Bahasa Melayu. Semoga ianya difahami. 
Apa yang PM Najib sebut dalam beberapa ucapan dan tweet nya? Saya harap PM Najib, our Dear Leader paling tidak, sedar bahawa apa pun yang disebutnya, rakyat sudah tidak percaya. Malah rakyat sudah pandai mematahkan pandangan nya.

1.   Dia di pilih oleh rakyat. Maka jangan ada sesiapa yang cuba menyekat nya daripada menjalankan tanggung jawab. Wow!

2.   Dia kata dia boleh terangkan mengenai RM2.6 biliion – tapi secara tertutup dan kepada ahli UMNO sahaja.

3.   Prinsip dia ialah setia kepada pemimpin. Ini prinsip Hang Tuah. Hang Tuah mesti Bugis

4.   Dia tidak akan dedah cerita lama.



Kita akan ulas satu satu. Macam komrad Kassim Ahmad kata: perlu sesuatu di perhitungkan kembali; hari ini kita dewasa


Rakyat pilih seorang PM? 
Kita beritahu budak2 umno2 ni – sampai ke presiden nya, orang melayu bukan budak2. Mereka baca Utsuan Malaysia tapi berdebat  di kedai2 kopi. Mereka juga membaca yang tersirat.

Sikap kritikal inilah agaknya yang menyebabkan perwakilan umno langkawi menggesa Najib pergi jumpa doctor. Wakil dari Pasir Gudang hantar memo kepada Najib suruh dia berehat- cakap sopan suruh Najib berhenti. Di Merbiok, wakil suruh dia letak jawatan. Sepandok dan kain lentang banyak yang desak Najib berenti.

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia, seorang PM di persenda dengan isterinya bersekali. Memang benar, inilah PM yang paling dibenci oleh rakyat.

Penjilat dan pengampu suka kepada Najib.
Yang menyukai Najib terdiri dari mereka yang mengelilingi nya yang berantung rezeki keada nya. Yanb bergantung bisnes dan projek. Rent seekers yang paling terkemuka. Termasuk agaknya, si Kitol yang disebut oleh bekas timbalan KSK PDRM, Hamid Bahador. 
Kepada mereka, Najib adalah Tuhan. Turut sama menyukai Najb ialah menteri2 dan ahli parlimen yang bermusuh dengan rakyat. Jika mereka menyebelahi Najib, maka secara lojik nya, mereka musuh rakyat. Tidak begitu?

Mereka ini semua, bila kita jadi kerajaan , kita akan cari mereka dan selidik sama ada mereka melakukan rasuah, curi duit rakyat, dapat bisnes melalui jalan kotor dan seumpamanya. Jika bersalah dari segi undang2 dan patut kena jel, kita jel.

Malas saya nak cakap berbunga bunga. Atau malas saya ‘memaafkan' mereka hanya kerana sebangsa.


masaalah pendengaran dan penglihatan.
Mengenai Najib pula- dia ini ada penyakit pendengaran dan penglihatan dan pemafaham. Dia pekak kepada pekikan rakyat. Dia buta kepada petisyen rakyat yang menyuruh dia berhenti daripada terus memusibahkan negara. Dia tidak faham mesej2 yang disampaikan oleh rakyat.

Najib sakit gila kuasa bila dia kencin 3 juta ahli UMNO. Orang Kedah kata kencin—‘g’ takde.


siapa kita pilih? ABC pilihan Raya.
Dalam pilihanraya apa kita lakukan? Kita pilih seorang wakil rakyat. Dia wakil kita. Dia berkhidmat untuk kita. Jurucakap dan jurubicara penyampai maksud kepada pihak berkuasa.

Ahli parlimen memilih seorang dari mereka untuk jadi ketua. Nama ketua ini ialah PM. PM ialah wakil ahli parlimen. Dia bertanggung jawab kepada ahli parlimen dan parlimen. Sebab itu dia kena jawab semua soalan dalam parlimen didepan ahli parlimen.

Bila sudah setuju, nama dipersembahkan kepada YDP Agong. Agong perkenan, maka jadilah dia PM.Semua ikut Perlembagaan.

Dia jadi ketua setelah mendapat kepercayaan dari majoriti ahli parlimen. Selalu nya, oleh kerana jumlah MP dari parti yang diketuainya lebih ramai dan merupakan majoriti, maka dia jadilah PM. Dan dia jadi PM selagi ada kepercayaan dari kalangan majoriti MP.

Bla dia hilang kepercayaan dari majority MP da turun takhta. Parlimen dan kehidupan berjalan terus.

Maka bila kita pertandakan dalam petak kertas undi, kita pilih seorang ahli parlimen. Kita tidak pilih seorang PM, atau menteri dalam negeri atau menteri kesihatan. Kita tidak ada pemilihan seorang PM secara lansung.

Maka jangalanlah Dato Najib bohong kata rakyat pilih dia sebagai PM. Rakyat pilih dia sebagai MP.

Biar saya blunt sikit. Bilangan MP bukan BN ialah 88 orang. Jika ada 30 MP UMNO keluar BN dan menyertai bilangan 88 orang untuk buat undi tidak percaya, atau mengalahkan bill bajet atau seumpamanya, MP Najib sudah tiada kepercayaan majority. Dia kena letak jawatan.

Najib dan Zahid Bimbang.
Apa yang paling ditakuti oleh Najib dan timbaan nya sekarang, Zahid Hamidi. Zahid Hamidi yang percaya dia jadi PM dalam masa 6 bulan yang paling takut;  yang paling dia takut, walaupun setelah  merepek mengenai usaha menjatuhkan kerajaan secara sahih, ialah istiqamah golongan yang berdegil terus mengusahakan perkara diatas.

Sebab itu, Zahid terutamanya, yang ada sikit ilmu seorang political operative yang lihai, berbanding dengan Najib yang ber-intrigue secara seorang bangsawan, ‘mengurung’ MP2 di Putrajaya untuk beberapa hari. Agaknya, MP2 ini ditarbiyahkan untuk menerima bathil jadi benar, hitam jadi putih. Atau mereka berdiskusi berapa duit boleh menyelesaikan masaalah. RM3 juta? RM5 juta?

Musuh Rakyat akan dihukum.
Kepada rakyat , layanan masa depan keatas mereka ini amat mudah. Mereka yang bersekongkol memuliakan perjuangan mengakalkn Najib lebih dari menobatkan kepentingan rakyat adalah musuh rakyat. Musuh rakyat jika thabit kesalahan akan dihukum dimasa hadapan.

JIka mereka tidak bersama rakyat, mereka adalah musuh rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.