`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 24, 2015

Fitnah Akaun Keluarga Berbillion - Ketua Umno Kepong Akan Di Saman



Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan surat tuntutan peguam kepada ketua Umno Kepong bagi menuntut permohonan maaf atas dakwaan memiliki berbilion ringgit dalam akaun mereka.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Muhamad Ihsan menuntut Datuk Rizuan Abd Hamid memohon maaf dan menarik kenyataannya dalam masa 48 jam.

Dalam surat tuntutan yang ditulis oleh Ketua Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya bagi pihak firma guaman Daim & Gamany itu, sekiranya Rizuan gagal, tindakan undang-undang akan diambil.

Surat tersebut turut memetik kenyataan Rizuan melalui laporan Astro Awani yang mengatakan:

"Pembangkang pakai duit ratusan juta, berbilion. Tiada siapa pun yang mempersoalkan. Tengok sahaja dalam akaun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, akaun Nurul Izzah, akaun Nurul Nuha, akaun Mohd Ihsan, berapa juta bilion yang ada dalam akaun itu? Kenapa tidak dipersoalkan?"

Sehubungan itu, Latheefa menggambarkan bahawa dakwaan Rizuan itu sebagai "palsu, berniat jahat dan fitnah".

"Di samping itu, bagi kes Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mana kedua-dua mereka merupakan ahli parlimen dan pemimpin PKR, dakwaan ini dilihat untuk merosakkan reputasi mereka sebagai orang yang dikenali dan ingin membawa mereka ke dalam skandal awam, kebencian dan penghinaan," kata Latheefa.

Justeru, Latheefa turut menuntut Rizuan memberi kenyataan penuh berhubung dakwaannya itu dan memohon maaf secara terbuka melalui surat khabar nasional, tertakluk kepada kebenaran kliennya.

Beliau juga menuntut Rizuan supaya berjanji untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang sama kepada kliennya atau perlu membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi yang boleh diterima.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.