`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 25, 2015

Najib Yang Sebenarnya Telah Membangsatkan Melayu...

GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat' 

Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa. 

Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam. 

Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.

"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.

"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena.

Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13).

Mat Sabu memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang yang baru - DAP, PKR dan parti baru GHB, Amanah - akan memastikan semua suara didengar dan semua kaum dipertahankan.

"Beberapa kerusi Parlimen telah dimenangi oleh calon Melayu dalam DAP dan PKR. Terdapat juga banyak kerusi di mana BN letak bukan Melayu tetapi calon Melayu kita menang," katanya.

Mat Sabu mengambil contoh kerusi Raub di Pahang dan Kota Raja di Selangor, yang masing-masing dimenangi oleh calon DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub) dan calon PAS, Siti Maria Mahmud (Kota Raja).

Manakala BN, katanya, meletakkan calon Cina di Raub dan India di Kota Raja dalam pilihan raya umum 2013.

"Calon DAP Ariff, dia Cina ke Melayu?" kata Mat Sabu sinis.

"Wakil Pakatan Dr Siti Maria Cina ke India?" Soalnya lagi dengan nada menyindir, lalu disambil hadirin yang berkata "India".

"Jadi bila kita mempunyai kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu, maka kita ada wakil-wakil yang akan menjadi suara umat Islam," kata Mat Sabu.

Beliau juga memberi contoh Dyana Sofya Mohd Daud, yang bertanding menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.

Mengimbas kembali kata-kata "bekas presiden" beliau (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Mat Sabu berkata Dyana Sofya seorang yang berani dan dia mewakili DAP untuk menentang calon Cina, bukan calon Melayu.

"Jangan bimbanglah. DAP seorang diri tak boleh perintah Malaysia. Boleh ke DAP perintah Malaysia?" tanya Mat Sabu lagi.

"Bertahun-tahun pun tak boleh. Mesti ada sepakatan antara DAP, PKR dan GHB ," tambahnya.

Mat Sabu berkata politik bukan berdasarkan kepada statistik tetapi kepada persepsi dan pada masa ini, tambanya, persepsi orang Melayu ialah jika Umno kalah, DAP akan perintah Malaysia.

Tetapi, katanya, sampai bila orang Melayu akan tertipu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai tinggi GHB, termasuk Ahli Parlimen Datuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Hanipa Maidin (Sepang), Dr Hatta Mohd Ramli (Kuala Krai), bekas naib presiden PAS PAS Salahuddin Ayub dan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Rashid Hasnon mewakili PKR dan Exco kerajaan negeri Chow Kow Yeow mewakili DAP. -mk


Khairuddin: Melayu bangsat jika Najib terus berkuasa

Melayu akan "bangsat" jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal berkuasa dan tidak dipecat, kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Orang Melayu akan bangsat jika sekiranya Najib terus berkuasa. Bangsa Melayu akan berpecah seterusnya bangsat seandainya Najib tidak disingkirkan.

"Sekiranya Najib asyik syok dan angau sendiri, selagi itulah Umno serta BN akan goyah," tulis Khairuddin di dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang juga presiden Umno semalam yang mengatakan Melayu akan bangsat sekiranya Umno hilang kuasa.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata, Umno dan BN akan jadi lebih kuat jika Najib meletakkan jawatannya.

"Tanpa Najib, Melayu serta keseluruhan bangsa di negara kita akan bersatu kerana masa kini kita sedang hadapi krisis keyakinan terhadap perdana menteri dengan begitu teruk sekali dalam salasilah sejarah politik tanah air.

"Rakyat bukan sahaja kehilangan keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian Najib.

"Beliau buatlah apa sekalipun untuk menipu dan memperbodohkan rakyat jelata namun keseluruhan warganegara kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau," katanya.







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.