`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 23, 2015

PENIPUAN UMNO TERUS MENGHANTUI RAKYAT MALAYSIA



Sejak dari kemenangan gilang gemilang Pakatan Rakyat pada PRU 2008 Umno/BN tidak pernah berputus asa untuk  menghancurkan PR dengan tuduhan dan fitnah. Tanpa rasa segan silu dan takut kepada Allah mereka saban waktu mencipta pelbagai tuduhan dan fitnah yang akhirnya berjaya memasuki benak kalbu rakyat Malaysia khususnya umat Melayu. 

Serangan bertali arus tanpa henti disalurkan melalui media elektronik, cetak, sosial dan sebagainya. Akibatnya umat Melayu khususnya yang kekurangan maklumat termakan dengan serangan menggila ini. Antara serangan tersebut berbunyi 'Tidur Sebantal Mimpi lain-lain, DAP anti Islam, DAP anti Melayu, DAP Chauvinis. PAS Kuda Tunggangan DAP, Anwar Agen Yahudi, PAS Tinggalkan perjuangan Islam, DAP Komunis, DAP dera Orang Melayu, PR Menang Islam terhapus, PR anti Raja-Raja Melayu, PR Menang Cina Perintah Malaysia,PR Menang Negara Huru Hara dan seribu satu macam lagi tuduhan dan fitnah yang tidak masuk akal. 

Namun pada PRU 13 rakyat berketurunan Cina tetap juga memberikan sokongan padu kepada PR. Gabungan tersebut memperolehi 52 % undi popular satu keputusan yang sangat memberangsangkan. Namun di kalangan orang Melayu khususnya di luar bandar mereka tetap tidak berubah walaupun pengundi Melayu di kawasan bandar memberikan sokongan kepada PR. 

Lantaran kemerosotan undi yang ketara yang diperolehi oleh BN pada PRU 2008 dan 2013, mereka tidak pernah berputus asa. Serangan dan fitnah tersebut akhirnya berjaya menembusi bukan sahaja rakyat tetapi juga pemikiran ahli-ahli politik. Ada di kalangan pemimpin politik Melayu mula terkesan dengan kempen memburuk-burukkan PR. Mereka sendiri yang mula senada dengan serangan Umno/BN. Istilah seperti DAP Komunis, Chauvinis, Gabungan PR merugikan Islam dan sebagainya.  

Akhirnya PR berpecah, maka hancurlah harapan rakyat Malaysia untuk melihat satu pemerintahan baru menggantikan Umno/BN. Maka berjayalah Umno/BN memecahkan PR dan mereka boleh bermaharajalela dalam pemerintahan mereka ................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.