`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 1, 2015

2 Tokoh VIP Sertai AMANAH

Dua orang tokoh terkenal di dalam negara telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara malam kelmarin. 

Dua orang tokoh berkenaan ialah seorang penyair, dramatis dan pengarah filem yang pernah mendapat pelbagai anugerah dalam Festival Filem Malaysia melalui dua arahan filemnya ‪#‎Dia_Ibu_Ku‬ dan ‪#‎Potret_Maria‬ iaitu Sdra Yassin Salleh sementara seorang lagi ialah bekas Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Dato' Sabtu Awab. 

Kedua-dua mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Saudara Salahuddin Ayub dan kedua-duanya mengisytiharkan menyertai Parti Amanah di hadapan kira-kira 300 hadirin pada Majlis Ceramah Pelancaran Amanah Kawasan Batu malam kelmarin di Padang Bola, Kg Padang Balang, Kuala Lumpur. 

Meraikan penyertaannya, Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan YB Dr Hatta Ramli, Naib Pengerusi DAP yang juga MP Seputih YB Teresa Kok, MP PKR Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Pusat YB Dr Mariah Mahmud serta Ketua Awan Batu Aishah Ariffin.

Yassin Salleh selain terkenal dengan puisinya “ikan-ikan di kaca”, dan juga melalui filem arahannya – Dia Ibuku, Potret Maria dan Ali Setan 2. 

Sdra Yassin Salleh juga turut menghadiahkan buku antologi puisinya ‪#‎Simfoni_Sepi‬ kepada def-def yang hadir.

Sementara Dato Sabtu Awab pula ialah seorang pesara kerajaan dan merupakan bekas Penolong Setiausaha Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. 

Kini lebih dari 35,000 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyerahkan borang sebagai ahli Parti Amanah Negara dan AMANAH mensasarkan untuk mencapai 100,000 menjelang hujung tahun ini.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.