`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 28, 2016

ORANG CHINA TAK PERNAH ROMPAK RUMAH MELAYU

KEKUATAN NASIONAL TIDAK BERGANTUNG KEPADA PERPADUAN  MELAYU
Perdana Menteri Malaysia Pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman Al Haj  tidak melihat pergantungan pada Indonesia  sebagai penyelamat bangsa Melayu oleh kerana Indonesia yang miskin didukung oleh Komunis China yang mahu menegakkan ideology Komunis di Asia dengan bantuan Parti Komunis Indonesia(PKI).
Pandangan Tunku ternyata benar,sentimen sedarah sedaging hanya rhetoric. Acheh sendiri tidak mendapat layanan yang adil dari Jakarta maka apatah lagi jika Malaysia dengan sifat pribuminya  yang lembut sekiranya berada dibawah tangan Indonesia.
Apabila kita membuka pintu negara untuk berkongsi kemakmuran dengan mereka, maka kita semakin sedar kata-kata air dicincang takkkan putus hanyalah rhetoric semata.
Orang China walaupun telah lama menjadi perompak di negara kita tetapi seperti ada etika yang tak tertulis, tidak memasuki rumah orang Melayu, tidak merompak orang Melayu tetapi orang yang datang dari tanah seberang ini disamping yang baik ,ramai juga yang datang merompak, membunuh, merogol, melarikan perempuan tanpa mengira bangsa. Rumah ketua hakim negara,pegawai polis,rakyat biasa malah rumah saya pun dirompak.
Tunku juga tidak tunduk pada sentimen rakyat selepas merdeka  untuk membesarkan angkatan  tentera dan mempertingkat persenjataan  bagi mempertahankan  negara to the last man sebaliknya beliau percaya kepada perjanjian Pertahanan  Lima Negara Britain,New Zealand, Australia, Singapura dan Malaysia .Tunku cynical kepada kata-kata  fight to last man dengan bertanya after the last man who is going to fight.
Apabila Seokarno mengarahkan serangan ke atas Malaysia dalam masa konfrantasi,general-general Indonesia termasuk Soerharto menentang kerana mereka tahu dengan bantuan kuasa besar,Malaysia boleh meranapkan Idonesia dalam sekelip mata sahaja tepi Tunku yang cerdik  menolak cadangan British untuk mengebom Indonesia kerana kata Tunku kami hanya bermusuh dengan Soekarno dan bukan dengan rakyat Indonesia.
Dalam masa 13 Mei,kerajaan Perikatan sekali lagi menolak sentimen Melayu sekalipun  masa itu orang Melayu akan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
Bukan sahaja pemimpin politik malah Pengliman Angkatan Tentera Malaysia General Ibrahim Ismail  sendiri menolak idea untuk mengishtiharkan Martial law atau pemerintahan tentera yang  tidak pernah terlintas difikirannya dan memberitahu suatu mesyurat Majlis Gerakan Negara “Once you do that I cannot provide any guarantee that I will be able to hold back the members of the armed forces  and officers who might take over the control of the government”(Lihat buku Reluctant Politician oleh Menteri  Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr.Ismail  muka 191)
Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman  juga  menolak  anjuran  seorang pemimpin Pas yang menemuinya yang mengesyorkan supaya  kerajaan merampas semua harta benda dan kedai –kedai  perniagaan  orang Cina dengan alasan  inilah masa yang sesuai  tetapi Tunku memberitahu saya dalam satu interviu dengannya “Ini adalah idea  gila, gilakah orang susah-susah  cari harta,kita nak pi rampas macam tu saja”.
Sebaliknya kerajaan pimpinan Tun Razak telah secara bijak menyerapkan  idea komunis  kedalam Dasar Ekonomi Baru  untuk membetulkan ketidakseimbangan  ekonomi antara kaum yang diwarisi dari penjajah .
Tidak ramai orang tahu bahawa DEB adalah dari  idea James Putucheary seorang komunis yang pernah di tahan oleh Lee Kuan Yew di Singapura.
Tun Ismail menegaskan bahawa sukar untuk dinafikan bahawa idea Putucheary mempengaruhi dengan kuatnya  penggubalan DEB yang mengesyorkan campurtangan kerajaan menerusi public corporation bagi membantu bumiputra  berasaskan kepada bukunya Ownership and control in The Malayan Economy yang menganalisis political economy  Malaya .Buku ini  dipandang tinggi oleh kalangan intelektual kiri( Tun Ismail muka 216)   .
Dalam masa   krisis 13 Mei ,kerajaan juga mengambil kesempatan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari serangan pembangkang kerana menyokong   dasar Bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga Hak Istimewa Orang Melayu dengan  menjadikannya  sebagai isu sensitif   dalam perlembagaan yang tidak boleh disentuh lagi.
Terdahulu dari itu dalam Pilihanraya 1959, demi untuk mempertahankan MCA dari golongan pelampau  yang keluar parti  kerana  mahukan Bahasa Cina turut  dijadikan Bahasa Rasmi negara. Tunku telah meletak  jawatan Perdana Menteri  demi untuk memenangkan golongan Tun Tan Siew Sin yang  tidak bersetuju dengan tuntutan ini yang melanggar sosial kontrak.
Bagaimanapun dalam pilihanraya nasional  berikutnya terutama dalam pilihanraya 2008, MCA  dan Gerakan bukannya mempertahankan social kontrak tetapi  sebalikya bersaing  dengan DAP untuk mengungkit pekara-pekara yang telah dipersetujui perlembagaan untuk  menjadi lebih popular dikalangan orang China tetapi orang China sedar bahawa mereka hanyalah pak turut dan menolak MCA dengan teruknya dalam  pilihanraya itu. Kita kehilangan majority dua pertiga.
TUN ISMAIL :”WE MAY AS WELL DISSOLVE THE MARRIAGE”
Tun Ismail telah  pun berpesan  jika kita tidak dapat mengekalkan persefahaman dalam isu yang telah dimetrikan sebagai sensitif isu dalam perlembagaan maka   lebih baik  kita bercerai.
Katanya. “If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue a relationship where we are all shy to live and afraid to die” (muka 236 Reluctant  Politician).
Sejarah menunjukan bahawa kepimpinan Melayu sanggup untuk menentang  dan mengkritik sentiment bangsanya sendiri sehingga Tunku sendiri menjadi korban tetapi  tidak   MCA dan MIC malah mereka  menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ikhlas seperti Lee Kuan Yew dalam usaha membebaskan orang China Singapura  dari pemikiran chauvanisme Cina yang tersemai menerusi Bahasa China.(Bersambung bhg ketiga)
(Bahagian Kedua dari ucapan Zainuddin Maidin merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa)
http://zamkata.blogspot.my/2016/11/orang-china-tak-pernah-rompak-rumah.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.