`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 11, 2017

JAKOA: Kami tak abai isu Orang Asli Gua Musang

Ketua pengarah JAKOA berkata jabatan itu sentiasa berbincang dengan pihak terlibat seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan ketua polis Daerah Gua Musang bagi mengurai kekusutan yang timbul.
orang-asli
KUALA PILAH: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak pernah lepas tangan dalam isu membabitkan soal kebajikan masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.
Sebaliknya, Ketua Pengarah JAKOA Mohd Jamalludin Kasbi berkata jabatan itu sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan ketua polis Daerah Gua Musang bagi mengurai kekusutan yang timbul.
“JAKOA berperanan menjaga kebajikan Orang Asli dan kita seharusnya dimaklumkan untuk membantu tetapi dalam isu di Kelantan ini, kita tidak dilibatkan…kadang-kadang mereka (masyarakat Orang Asli) bertindak secara sendiri.
“Sebagai jabatan yang diberi kuasa, kita ada peraturan dan kita juga patuh kepada peraturan jabatan lain dan kerajaan negeri. Kita tak boleh laksanakan mengikut apa yang kita suka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kemelut di Gua Musang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa mereka semakin terancam akibat aktiviti pembalakan sehingga mendirikan halangan di laluan masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, sejak September tahun lepas.
Jamalludin berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan setiap kerajaan negeri bagi memastikan nasib dan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini terus mendapat pembelaan sewajarnya.
“Setakat ini kita mendapat kerjasama yang cukup baik cuma kita mengharapkan kerjasama itu akan dapat dipertingkatkan pada masa akan datang. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang memandang serius kebajikan Orang Asli dan setakat ini banyak tanah yang diwartakan.
“Bagi yang tidak diwartakan, sekurang-kurangnya berilah keizinan kepada Orang Asli untuk terus tinggal di situ bagi meneruskan hidup mereka,” katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri program Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah yang dianjurkan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kampung Tering, Johol di sini yang turut disertai kira-kira 1,400 pemimpin masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan dan Melaka.
Program sehari itu diadakan bagi mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan rasuah. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.