`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, February 18, 2017

PAS Terlupa: Luluskan Rang Undang-Undang Di Parlimen Bukan Di Stadium!

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium [25/10/2011] 

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini. 


Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun). 

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen. 

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. 

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam. 

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini. 

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir. -harakahdaily (25/10/2011) 

ULASAN GB 

Nampaknya PAS yang meduduh Mahathir mudah lupa, rupa-rupanya tuduhan itu kembali kepada PAS semula bahawa PAS YANG MUDAH LUPA! 

Dari berita yang diambil dari arkib harakahdily di atas, jelas sekali bahawa PAS ketika itu menyatakan Rang Undang-undang Hudud perlu diluluskan di Parlimen dan bukannya di stadium! Maka itu PAS tidak mahu terlibat dengan program HIMPUN atas alasan kononnya PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama. 

Ia amat bertentangan dengan usaha PAS kini yang cuba untuk mendapat sokongan rakyat RUU 355 melalui perhimpunan esok di Padang Merbok. 

PAS sebelum ini telah beberapa kali tidak menyertai sebarang perhimpunan yang ornag lain anjurkan di atas alasan PAS kini mengamalkan politik matang. Demonstrasi dianggap tidak lagi sesuai oleh PAS, malah Presiden PAS menganggapnya ia kerja bodoh. 



Mengenai RUU 355, ia telah dibacakan sebanyak dua kali dan kedua-dua kali itu PAS sendiri yang menangguhkan. Pelik sungguh, dia yang cadang dan bentang dia yang mohon tangguh dan kemudian nak bawa ke Padang Merbok pula! Kegilaan apakah ini? 


Kemudian tersebar satu e-poster di media sosial yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan PAS Pahang yang memuatkan kenyataan Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat hadir di Himpunan RUU esok.

Didalam poster itu terbitlah satu bait ayat: 

Kita akan jadikan H355 sebagai perhimpunan terbesar umat Islam di negara ini. Jauh lebih besar dari perhimpunan Bersih sebelum ini. 


PAS telah lama tidak menyertai perhimpunan BERSIH dengan alasan mula-mula tadi iaitu kononnya mengamalkan politik matang dan tidak mahu terlibat dengan demonstrasi. 

Sekarang ini untuk H355, TITM menyatakan mahu jadikan himpunan itu lebih besar dari perhimpunan BERSIH. Jelas sekali ketidak-ikhlasan mereka untuk berhimpunan - iaitu - untuk menandingan himpunan BERSIH dengan jumlah yang lebih besar! 

Maka dikerah semua orang termasuk kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan.



Jadi nawaitunya sejak awal sudah tidak betul. Nak tunjuk H355 dapat menandingi BERSIH. Mungkin ramai yang terpedaya dengan PAS di atas nama agama dan penyatuan bangsa untuk H355, tetapi itulah PAS akan dapat. Sedangkan tujuan sebenar untuk mendapat sokongan ahli parlimen bagi meluluskan Rang Undang-undang itu akan menemui kegagalan.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith dari Rasulullah dalam sabdanya: 

ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Barangsiapa yang hijrahnya untuk kepentingan duniawi, atau kepentingan wanita yang dinikahi, maka manfaat hijrahnya pun sesuai dengan apa yang dituju.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. H355 itu hanya bertujuan politik semata-mata untuk memperbodohkan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini. Ia hanya bakal membangkitkan dan menebalkan sentimen keagamaan dan memarakkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia! 

VIDEO BERKAITAN


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.