`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 13, 2017

Penjawat Awam Malaysia terlalu ramai akan bebankan negara — Nazir Razak

Image result for penjawat awam di malaysia

ADIK kepada Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi CIMB Bank, Nazir Razak menimbulkan isu tentang limpahan penjawat awam di Malaysia yang didakwanya akan membebankan generasi akan datang jika tidak ditangani dengan segera.

Dalam kiriman instagram miliknya, beliau dipercayai memuji Menteri Kewangan II kerana membincangkan secara terbuka perkara itu yang disifatkan sebagai 'cabaran besar negara'.

"Tahniah kepada Menteri Kewangan II kerana membincangkan secara terbuka cabaran besar negara ini. Perkara ini harus ditangani segera atau generasi masa depan akan terbeban dengan mereka," tulisnya.


Dalam kiriman yang sama, Nazir turut menyertakan data-data pembayaran gaji penjawat awam Malaysia antara tahun 2003 sebanyak RM22 bilion dan 2016 meningkat kepada RM74 bilion

Kadar bayaran pencen terhadap penjawat awam juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu pada tahun 2003 berjumlah RM5.9 bilion manakala pada 2016 berjumlah RM19 bilion.

Selain itu, data yang dikongsi oleh beliau juga menggambarkan bahawa negara Malaysia mempunyai terlalu ramai penjawat awam dengan nisbah 1 orang penjawat awam bagi setiap 19.37 rakyat (1 : 19.37).

Jumlah penjawat awam yang ramai di negara ini mengatasi negara-negara lain dalam kiriman tersebut antaranya Singapura (1 : 71.4), Indonesia (1 : 110), Korea (1 : 50), China (1 : 108), Jepun (1 : 128), Rusia (1 : 84) dan United Kingdom (1 : 118).

Apa yang menjadi persoalan, mengapa penjawat awam yang ramai boleh membebankan negara, sedangkan mereka semua dibayar gaji hasil titik peluh mereka yang berkhidmat.

Setiap orang penjawat awam, selain memberikan pulangan kepada negara secara terus juga membantu negara untuk mendapat hasil. Sepatutnya setiap penjawat awam dibayar dan diberi pencen sesuai dengan khidmat mereka.

Tidak timbul soal negara akan terbeban atau kekurangan dana untuk membayar mereka. 

Adakah majoriti penjawat awam tidak produktif? Atau sebenarnya wang yang patut digunakan untuk membayar penjawat awam telah dilencongkan atau disalah gunakan ke tempat lain?


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.