`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 13, 2017

Saya sudah peluk Islam, tapi saya masih Cina

nurul© Provided by MToday News Sdn Bhd nurul
KUALA LUMPUR: Nurul Nadhirah Liew terpaksa menepis banyak tanggapan negatif mengenai Islam apabila beliau memeluk agama itu 20 tahun lalu.
Membesar dalam keluarga penganut Taoist dan tidak banyak berinteraksi dengan masyarakat Melayu Islam, keluarganya tidak begitu terdedah dengan pengetahuan mengenai Islam.
Selepas Nurul menukar agama, ibunya takut beliau sudah “kehilangan” anak perempuannya dan Nurul akan mengabaikan akar umbinya sebagai orang Cina.
“Pada mulanya mereka juga ingat saya tidak boleh makan bersama mereka dan turut serta meraikan makan besar Tahun Baru Cina. Mereka ingatkan ia akan jadi susah kerana mereka tidak boleh memasak untuk saya.
“Jadi saya beritahu apa yang saya boleh dan tak boleh makan. Ia mengambil masa beberapa bulan, tetapi mereka sudah biasa pun. Emak saya selalu pastikan dia membeli ayam halal,” kata ibu kepada 3 anak itu ketika ditemui FMT pada majlis makan tengah hari Tahun Baru Cina untuk Cina Muslim di sini hari ini.
Tetapi bukan itu saja cabaran terpaksa dilalui Nurul. Ada juga cabaran datangnya daripada masyarakat Melayu Islam sendiri.
Dalam satu kejadian, anak kelahiran Sungai Siput itu berkata beliau diberitahu tidak boleh dikenali sebagai Cina.
“Itu buat saya menangis kerana bangsa dan agama adalah 2 perkara berbeza,” katanya.
Nurul berkata beliau juga dimaklumkan supaya memakai baju kurung pada beberapa acara.
Pada awalnya, Nurul berkata beliau mematuhinya atas dasar beliau penjawat awam, tetapi sekarang tidak lagi.
Sekarang, beliau menjelaskan pendiriannya iaitu asalkan beliau berpakaian sopan, tidak patut ada masalah.
“Saya sudah memeluk Islam, tetapi saya masih Cina,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.