`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 16, 2017

Rakan kongsi baharu Proton bakal buang pekerja

Badan pemikir berkata Geely akan mahu membawa masuk bakat baru dan melepaskan 'orang yang tidak berguna'.
azrul-geely-proto
PETALING JAYA: Kerajaan dan Proton perlu besiap sedia untuk berdepan pengurangan pekerja daripada syarikat kereta nasional itu selepas saham majoriti diambil alih pembuat kereta China, Geely Automobile Holdings, menurut sebuah badan pemikir.
Menurut Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), sudah banyak perkara disebutkan mengenai kegagalan Proton mutakhir ini dan tidak perlu lagi menyalahkan kepimpinan lampau.‎
“Untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, strategi perlu diubah,” kata Azrul Khalib.
Beliau berkata perubahan termasuk membawa masuk bakat baharu, melepaskan staf yang “tidak berguna”, meningkatkan kecekapan dan kualiti pembuatan.
Langkah itu selaras dengan kebimbangan yang dibangkitkan ahli ekonomi Dr Jorah Ramlan mengenai impak pengambil alihan itu ke atas kakitangan Proton berjumlah lebih 60,000 orang.
Tahun lepas, Proton mempunyai 12,000 orang kakitangan manakala 50,000 orang bekerja dengan vendor.
Azrul percaya Geely, yang memiliki syarikat pembuatan kereta Sweden, Volvo, mampu mengemudi Proton ke arah yang betul.
Di bawah Geely, Volvo dilaporkan diberi kebebasan yang tinggi dan melaksanakan pengambilan jurutera yang terbesar dalam sejarah syarikat itu, menyumbang kepada pembangunan model Volvo XC90, S90 dan V90 baharu.
“Proton belum lagi di paras Volvo, jenama terkenal yang mempunyai rekod yang kukuh dan pasaran sejagat.
“Malangnya, mungkin nasib Proton tidak seperti itu. Geely mungkin mahu membawa masuk orang baharu untuk menghidupkan kembali Proton dan akan lebih terlibat dalam operasi untuk menjaga pelaburannya,” kata Azrul.
Azrul menambah sekalipun Geely memilih untuk meningkatkan produktiviti melalui melaksanakan sistem pengeluaran automatik, masih akan berlaku kehilangan pekerjaan.
“Kerajaan dan Proton perlu bersiap sedia, dan menyediakan program peralihan pekerjaan untuk memastikan pekerja boleh dilatih semula atau dilatih untuk peranan lain supaya mereka boleh mengambil kesempatan daripada kerjaya atau peluang pekerjaan lain.
“Pekerjaan di Proton tidak sepatutnya dianggap seperti hak atau untuk seumur hidup. Proton ialah sebuah perniagaan, dan perniagaan mesti mampu bersaing di dunia nyata, terutamanya di luar Malaysia,” kata Azrul.
Beliau menambah “keputusan tegas” perlu dibuat, dan tidak dapat dielakkan.
Katanya beberapa syarikat automotif yang terpaksa dikecilkan, seperti Ford, Volvo dan General Motors, membantu menyediakan program latihan semula supaya kakitangan boleh mendapatkan pekerjaan atau kerjaya baharu.
“Tujuan utama program itu untuk membantu pekerja yang bakal diberhentikan mendapat pekerjaan di tempat lain daripada terbuang di pasaran pekerjaan.
“Itu amalan biasa dan Proton perlu melakukan perkara yang sama.”
Geely disebut-sebut berada di hadapan dalam persaingan untuk memperoleh 51% pegangan dalam Proton.
Sejak beberapa tahun ini, terdapat rancangan untuk Proton membentuk kerjasama jangka masa panjang dengan syarikat asing seperti Volkswagen, Suzuki dan Renault. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.