`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 23, 2017

Zakir Naik Buka Pejabat Di Precinct 8 Putrajaya

Image result for Zakir Naik Buka Pejabat Di Precinct 8 Putrajaya

Someone sent me this. Thank you.

  • Assalamualaikum Tuan Syed
  • Untuk makluman Dr Zakir Naik kini berada di Putrajaya
  • Beliau telah membuka pejabat di Precinct 8 
  • dan sedang mencari rumah sewa di Putrajaya.
  • Beliau selalu solat Jumaat di Masjid Besi setiap hari Jumaat.
  • Menghairankan mengapa Malaysia sanggup memberi PR ekspres kepada beliau. 
  • Beliau kini adalah pemegang PR Malaysia.
  • Wassalam.


My comments :  Wa'alaikumsalam. Terima kasih banyak kerana sudi kongsi maklumat. 

Saya harap pihak media boleh tanya soalan berikut kepada seorang Menteri yang telah "mengesahkan" bahawa Zakir Naik bukan "warganegara" Malaysia :

  • apakah sebabnya beliau diberi PR di Malaysia? 
  • Benarkah bukan Zakir Naik sahaja tetapi "team Zakir" pun diberi PR di Malaysia? 
  • Berapa ramaikah ahli dalam team Zakir Naik yang telah dapat PR? Confirm atau nafi?
  • Benarkah Peace TV Zakir Naik akan mulakan siaran dari Malaysia?
  • Benarkah kerajaan telah atau akan beri sumbangan kewangan kepada Peace TV?
  • Berapakah sumbangan (apa jenis pun) yang kerajaan telah beri kepada Zakir Naik? 


Allah swt dan RasulNya menasihati kita :  " . .Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.. ." Surah 13:11.

Apa yang saya lihat, sebilangan besar juga umat Melayu yang tidak beza daripada sebilangan besar umat Islam yang lain di serata dunia. 

Mereka lebih suka kepada perkara yang sebenarnya lebih dekat dengan kemungkaran daripada apa yang ma'ruf.

Antaranya yang paling besar, berdosa dan merugikan ialah mengikuti pandita-pandita agama atau habar-habar agama yang menyesatkan manusia dari jalan Allah dengan ajaran-ajaran palsu mereka yang jauh tertinggal dari ajaran Allah dan rasulNya di dalam Al Quran. 


Surah 25:30  Dan berkatalah Rasul: "Ya Rabbi sesungguhnya kaumku telah meninggalkan Al-Quran ini, tidak dipakai".   


Sebaliknya mereka mengikuti ajaran-ajaran entah apa yang dijual atas nama Islam, di gantung atas nama Nabi dan "disyariatkan" atas nama Allah.


Apabila umat Islam terputus hubungan dengan ajaran Al Quran maka akan rugilah mereka secara total.  Ekonomi, politik, sosial, "akidah" semuanya akan runtuh ranap. Inilah yang telah berlaku kepada umat Islam sedunia.


MEREKA BERPECAH BELAH MENJADI BERPUAK-PUAK. 
PUAK-PUAK YANG MASING-MASING BANGGA DAN SERONOK DENGAN KEPUAKAN MEREKA.


Maka sesama mereka sendiri dan dengan setiap makhluk yang mereka menjumpai akan berlaku keganasan, peperangan, kecelaruan, pergaduhan, pertelingkahan, kerugian, kemiskinan, kepapaan, kebuluran, kebodohan dan jangan terlupa kesetanan yang akan menghantui mereka di mana pun - secara total. 


Surah 6:65   "Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam atas sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya."


Surah 6:65   "Say: "He has power to send torment on you from above or from under your feet, or to cover you with confusion in party strife, and make you to taste the violence of one another." See how variously We explain the Ayat so that they may understand."

"and make you to taste the violence of one another"  =  "dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam atas sebahagian yang lain"

Dan inilah yang telah, sedang dan akan terus berlaku kepada umat yang sangat suka berpuak-puak ini. Tanpa putus.

Lebih malang bagi mereka ialah bahawa mereka bodoh sombong ia itu sombong dalam kebodohan, bodoh dalam kesombongan atau dua-duanya sekali. 


Surah 43 : 36 - 37   

[36]   Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 

[37]    Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar,  sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk


Dalam bahasa mudah,   "sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"    maksudnya  'mampuslah depa'.

Can we not see that this is already happening around the whole world today?

It is not happening to China - they are the wealthiest, socially most mobile nation on earth. 

It is not happening to North America, South America, Europe, Russia, Japan, Korea, Singapore, Australia or New Zealand.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.