`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 22, 2017

Risda belanja lebih RM700,000 taja pekebun kecil tunai Umrah

Ia melibatkan pekebun kecil berumur 55 tahun ke atas yang aktif dalam program pembangunan Risda
risda-umrah
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan sebanyak RM720,730 bagi menaja 115 peserta pekebun kecil menunaikan umrah sejak 4 tahun lepas.
Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainal Abidin berkata program tahunan yang bermula sejak 2014 itu bertujuan untuk menghargai sumbangan pekebun kecil yang terawal melibatkan diri dalam Program Tanam Semula Risda serta pembangunan industri getah.
“Bermula tahun 2014, kita menaja seramai 27 peserta dengan peruntukan sebanyak RM148,230, kemudian diikuti masing-masing 29 peserta pada tahun 2015
dan 2016 dengan peruntukan sebanyak RM174,000 untuk 2015 dan RM188,500 untuk
tahun lalu.
“Bagi tahun ini pula kita menaja 30 peserta dengan peruntukan sebanyak RM210,000 yang mana jemaah umrah ini akan berlepas ke Tanah Suci esok dan dijangka akan pulang pada 2 April ini,” katanya pada Majlis Umrah Risda Bersama Pekebun Kecil semalam.
Pada majlis tersebut Zahidi menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM800 bagi setiap peserta.
Zahidi berkata untuk tahun ini sebanyak RM7,000 diperuntukkan bagi setiap peserta melibatkan kos tiket pergi dan balik, penginapan serta makan minum sepanjang 2 minggu.
Menurutnya program itu melibatkan pekebun kecil dari seluruh negara yang berumur 55 tahun ke atas yang aktif dalam program pembangunan Risda, aktiviti sosio-ekonomi dan kemasyarakatan.
“Keutamaan juga diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan umrah dan mempunyai tahap kesihatan yang baik,” katanya.
Salah seorang peserta Saad Talib, 60 dari Padang Besar, Perlis berkata tawaran menunaikan umrah tersebut merupakan satu rezeki yang tidak disangka-sangka buatnya.
“Pak cik memang berhajat nak menunaikan umrah… bila dapat panggilan telefon dari pegawai Risda mengenai tawaran ini, memang pak cik terus terima!
“Alhamdulillah… rezeki sangat bermakna buat pak cik,” katanya yang 15 tahun terlibat sebagai pekebun kecil. FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.