`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, March 24, 2017

[VIDEO] RUU 355 PAS Terus Tertipu Dengan UMNO...

Hanya 10.4% Melayu mengundi berdasarkan RUU 355, 70.1% tidak tahu 

Kajiselidik yang dilakukan Invoke, sebuah badan penyelidikan bebas mendapati hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan Rang Undang-undang 355 (RUU355) manakala 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang berhasrat mengundi Pas tidak tahu mengenai RUU355. 

Malah 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14. 


Keputusan kajiselidik Invoke itu disertai 43,030 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang ditanya mengenai pengaruh RUU355 ke atas pilihan undi. 

Menurut kenyataan media Invoke yang dikeluarkan pengasasnya, Rafizi Ramli hari ini, kajian itu dilakukan ekoran polemik politik mengenai usul RUU355 untuk menaikkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah menjadi isu politik nasional. 

"Banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya berkisar kepada pendirian menyokong/tidak menyokong RUU355. 

"Kajiselidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu/ Bumiputera Islam dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14)," kenyataan media itu dipetik. 

Invoke menjelaskan, seramai 1.1 juta pengundi Melayu/Islam Bumiputera ditelefon secara rawak menggunakan sistem interaktif suara (lebih dikenali sebagai “Interactive Voice Response” sistem atau IVR) yang dibangunkan sendiri oleh I-CPI. 

Responden akan ditanya soalan dan pengundi akan menekan butang telefon untuk merekodkan jawapan. Contoh – “Tekan 1 untuk “Ya”, Tekan 2 untuk “Tidak”. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan terus oleh sistem IVR di dalam server I-CPI. 

Sistem IVR telah diprogram untuk menelefon pengundi yang melambangkan pecahan pengundi di setiap negeri. 

Sekiranya kadar jawapan di satu negeri itu rendah, sistem IVR akan mendail lebih banyak pengundi di negeri itu agar jumlah responden dari negeri itu sama dengan peratusan pengundi keseluruhan di negeri itu. 

Responden turut memasukkan maklumat seperti jantina, umur dan poskod kawasan. 

Keseluruhan kajiselidik mengambil masa satu setengah minit. 

Polemik berhubung RUU 335 berterusan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan akan membentangkan sendiri rang undang-undang itu di Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangguhkan pembentangan usul sebanyak dua kali pada dua sesi parlimen lalu. -MD 


Usul RUU 355 Abdul Hadi menggelongsor ke kedudukan ke-11



Rang Undang-undang Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 1965 atau RUU 355 jatuh ke kedudukan ke-11 daripada ke-6 sebelum ini.

Ini ekoran tindakan kerajaan memasukkan lima rang undang-undang baharu dalam senarai usul yang perlu dibincangkan pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang sekarang.

Antara rang undang-undang baharu itu adalah Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2016 oleh Menteri Kewangan; Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dua lagi rang undang-undang baru yang bakal dibentangkan adalah Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 oleh Menteri Pendidikan Tinggi; dan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menggelongsor ke kedudukan ke-11 dalam senarai usul, jelas peluang Abdul Hadi yang juga Presiden Pas untuk membentangkan usul RUU 355 buat kali ketiga setelah ditangguhkan beliau sebanyak dua kali tidak kesampaian pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Apatah lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Kerajaan BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Parlimen kali ini.

Dipetik Utusan Malaysia, 18 Mac lalu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini.

Timbalan pengerusi BN itu berkata, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan “rakan baru” yang pernah menjadi musuh politik untuk bersama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.

“RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita.

“‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” jelasnya. 
-MD




ULASAN GB 

Sungguh jelas bahawa isu RUU 355 bukanlah isu yang penting di dalam PRU yang akan datang ini kerana kajiselidik INVOKE membuktikan: 

70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14. 

Yang ketara UMNO berjaya menjadikan isu RUU 355 sebagai isu untuk memerangkap PAS dan memisahkan PAS dari Pakatan Harapan. 

PAS terus tertipu dengan UMNO apabila Rang Undang-undang 355 itu jatuh ke kedudukan ke-11 daripada ke-6 pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang sekarang 

PAS menjadi parti yang lansung tidak mempunyai integriti ... disuruh bentang, bentang, disuruh tangguh, tangguh.... kini RUU 355 entah ke mana.... dan PAS yang menganggap perjuangan hudud (kini RUU 355) sebagai nyawanya kini sepi seribu bahasa walaupun telah dengan hiruk pikuk mengadakan perhimpunan RUU355 di Padang Merbok pada bulan lalu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.