`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!
Image result for ramadan begins 27 May 2017

Sunday, April 16, 2017

AZIRA AZIZ CADANG ‘AZAN’ MASJID, SURAU DAPATKAN KEBENARAN PENDUDUK DAHULU

Foto Kedah News
Bagi umat Islam yang lain tentunya rasa syahdu dan sayu apabila mendengar alunan azan, tapi lain pula pendapat aktivis bebas ini yang meletakkan syarat untuk laungan azan tersebut.
Menerusi akaun Twitternya @ladymissazira, Azira Aziz melontarkan pandangannya supaya masjid atau surau yang berada dalam kedudukan 50 meter dari kawasan perumahan sepatutnya disyaratkan untuk mendapatkan kebenaran penduduk kerana azan dilaungkan lima kali sehari.
Azira Aziz turut berpendapat bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang dibawa masuk dari negara Arab kedalam masyarakat Melayu, satu masalah fundamentalisme yang melanda negara pada ketika ini.
Perkembangan ini dikatakan berpunca dari ramainya graduan Islam negara ini yang menuntut di negara Timur Tengah dan menuntut agar penghantaran pelajar ke negara seperti Arab Saudi dihadkan.
“Sekiranya kerajaan menghadkan penghantaran pelajar dan kemasukkan tenaga pengajar Islam dari rantau Arab mungkin rakyat negara ini akan hidup dengan lebih aman lagi,” tulisnya lapor portal myNewsHub.
Pandangan aktivis bebas itu susulan Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.
Kenyataannya itu menjadi viral di Twitter dan rata-rata netizen berasa marah dan menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal.

Nota Ana Ghoib: Tak baik dan tidak benar terus gopoh tergesa-gesa menuduh melabel dengan mudah orang itu dan ini Murtad atau Liberal Islam.
Agama itu nasihat dan mungkin dia belum faham maka perlu diusahakan memberi pesan yang semoga bermanfaat.
Kepada Azira Aziz ‘damai’ tak perlu minta kebenaran tapi rundingkan baik-baik ini kerana mungkin kamu menganggap pembesar suara AZAN itu terlalu bising tetapi ambil jalan tengah iaitu diperlahankan sedikit tidak terlalu bingit sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.
Hadis dari Ibnu Abbas r.a. yang menceritakan bahwa pernah ditanyakan kepada Rasulullah Saw:
“Agama apakah yang paling disukai oleh Allah Swt.?
Maka Nabi Saw. menjawab, “Agama yang hanif [lurus] lagi penuh toleransi.” – [HR Imam Ahmad]

1 comment:

  1. Emang yah..masalah itu gak perna selesaii kalau gak berani mencoba,saya hampir bunuh diri gara-gara dililit hutang,saya sudah cari kemana-mana nomor togel gak perna tembus,dan secara kebetulan saya buka-buka internet,saya melihat postingan seseoran tentan MBAH SERO,katanya bisa memberikan angaka jitu ,jadi saya tlpn saya menceritakan semua kekurangan saya,dan beliau membutu saya 4d sgp tembus 100%,syukur alhamdulillah saya sudah bisa bayar hutang,rencana mau bangun rumah sendiri,karna cuma tinggal di kontrakan,anda terlilit hutang sudah lama belum terlunasi,jangan pusing lansung hubungi no: 082370357999 MBAH SERO..info lebih lengkap buka blog MBAH
    silahkan KLIK DISINI dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai..

    ReplyDelete