`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Thursday, April 20, 2017

‘NAJIB TAK MAMPU BUAT TRANSFORMASI, MELAINKAN HANYA “TRANSFER MONEY’

Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berikrar untuk memakmurkan negara sehingga dapat berada di kedudukan 20 negara termaju di dunia membuatkan saya tersenyum seketika.
Sedangkan Wawasan 2020 tidak tercapai, bagaimana negara boleh menjadi 20 negara termaju di dunia?
Adakah ini hanya sekadar ‘angan-angan Mat Jenin’ atau impian Najib yang tidak tercapai dek akal? Jika negara maju tetapi rakyatnya mundur, tiada gunanya.
Negara kita sememangnya mempunyai infrastruktur yang kian maju setanding dengan negara-negara maju yang lain namun mentaliti Menteri-Menteri Umno BN masih di tahap negara ketiga.
Sudah terlalu banyak ungkapan ‘manis’ ditaburkan untuk mengaburi rakyat dengan cara mengambil harta rakyat secara sedar. Yang menambahkan lagi terencatnya, skandal negara dalam pelbagai isu seperti 1MDB, Menteri dan pegawai rasuah jutaan dan bilion ringgit yang menelan duit rakyat.
Kerajaan Umno BN juga ada berikrar akan terus berjuang membela nasib orang Melayu dan Bumiputera sama ada bumiputera Islam atau bukan Islam. Adakah ikrar ini hanya untuk sedapkan hati rakyat sedangkan berbilion ringgit hilang entah ke mana. Malah ada bukti wang 1MDB di’transfer’ ke akaun individu secara berjemaah.
Rakyat hari ini semakin sengsara dan menderita dengan kerajaan kleptokrasi di bawah pimpinan Najib Razak. Adakah cukup dengan kemajuan yang dicanang tetapi kehidupan rakyat marhaen semakin terhimpit dengan harga barangan yang melambung tinggi dan bebanan GST?
Apakah definisi sebenar ‘negara moden’ jika Umno BN hanya merujuk kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebagai petunjuk, ianya adalah suatu masalah besar.
Sememangnya kemajuan dan keamanan negara perlu dipelihara dan dibendung daripada awal jika ingin menuju negara maju. Negara maju bukan sekadar pembangunan ekonomi sahaja tetapi pemikiran juga perlu dipupuk bagi menyeimbangkan dengan gerakan kemajuan negara kita.
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat
20 April 2017
Ulasan Blog – Barangkali apa yang disebut oleh Saifuddin Nasution Ismail ini lebih memudahkan lagi untuk kita membuat keputusan dalam PRU 14 akan datang.
Di sebalik pelbagai transformasi yang diumumkan Najib, yang utama harus rakyat ingat sebenarnya ialah pelbagai “transfer money” juga berlaku dengan berleluasa dan dalam jumlah yang mega banyaknya.
Tidak pernah dalam akaun bank peribadi mana-mana Perdana Menteri sebelum ini ada kemasukan wang dengan angka bilion ringgit banyaknya. Kemudian daripada akaun Najib, ia menjalar dan merebak lagi ke merata-rata.
Hanya di era Najib ini wang adalah benar-benar raja. Ramai sudah yang gelap mata, malah pejuang tiba-tiba bertukar menjadi pejuwang dan yang sedihnya, agawaman pun ada yang lebih dikenali sebagai agamawang.
Bayangkan apa jadi jika rakyat tidak memberi pengajaran dan hukuman?
Sudah tentu akhirnya bukan saja ia terus berleluasa, malah Perdana Menteri selepas ini pun tidak segan silu juga melakukan amalan “transfer money” yang sama.
Hanya undi kita menolak Najib, UMNO dan BN yang mampu menyelamatkan negara dan membebaskan rakyat daripada terus sengsara serta tiaga lagi gejala “transfer money” sampai bila-bila.
ShahbudinHusin

No comments:

Post a Comment