`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 15, 2017

Rogol tetap rogol, perogol kanak-kanak tak boleh terlepas hukuman

Rohani Karim berkata, definisi rogol telah diperluaskan dan rogol terhadap kanak-kanak masih lagi rogol.
Rohani-Abdul-Karim-rogolPETALING JAYA: Perogol tidak akan dibiarkan terlepas daripada hukuman walaupun mereka mahu mengahwini mangsa, tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
“Rogol tetap rogol.”
“Pesalah seksual akan didakwa di mahkamah tidak kira sama ada kes itu membabitkan mereka yang mencabuli mangsa bawah umur dengan bahagian badan atau objek, penderaan seksual dengan mangsa dalam apa cara sekalipun atau mereka yang mahu menawarkan diri untuk berkahwin dengan mangsa bawah umur,” kata beliau di Kuching, Sarawak hari ini.
Dipetik Star Online, Rohani berkata, definisi rogol telah diperluaskan dan rogol terhadap kanak-kanak masih lagi rogol.
“Mereka tak boleh lari daripada perkara ini,” kata beliau.
Undang-undang baharu susulan RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, melindungi kanak-kanak daripada pesalah seksual, telah diluluskan oleh Parlimen, 4 April lalu.
Pindan itu membabitkan kesalahan terhadap orang dewasa yang melakukan seksual sama ada menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak atau membuatkan mangsa menyentuh mana-mana bahagian badan mereka atau mana-mana bahagian badan orang lain.
Tambah Rohani, perbuatan itu diklasifikasikan sebagai serangan seksual fizikal ke atas kanak-kanak.
Rohani berkata, RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperluaskan definisi rogol, yang mana tidak lagi terhad kepada penetrasi zakar secara paksa.
Kata Rohani, perogol juga tidak akan dibiarkan terlepas daripada hukuman, walaupun mereka mahu mengahwini mangsa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita baru-baru ini mengenai seorang lelaki di Kuching yang mahu berkahwin dengan kekasihnya berusia 13 tahun yang sedang mengandung.
Dilaporkan, menurut polis, lelaki terbabit masih disiasat dan didakwa kerana merogol.
Sebelum, FMT ada membawa laporan memetik Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) berkata mengahwinkan gadis bawah umur yang hamil luar nikah dengan perogolnya adalah tindakan mengabaikan undang-undang mengenai jenayah rogol statutori.
Rogol statutori termaktub dalam Kanun Keseksaan yang ditakrifkan sebagai hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun kerana mereka tidak memahami sifat dan akibat mengizinkan perlakuan itu.
Sehubungan itu, JAG mengingatkan masyarakat tidak mengambil mudah kekejaman jenayah rogol statutori dengan membenarkan atau menggalakkan mangsa mengahwini perogolnya.
Seorang peguam syarie, Faiz Fadzil ada memberi cadangan berhubung cara terbaik untuk gadis hamil akibat hubungan seks luar nikah adalah mengahwinkan mereka dengan orang yang menghamilkannya, jika kedua-dua pihak bersetuju. -FMT

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.