`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 12, 2017

Skandal Tanah Dato Seri Terbongkar?

Skandal Tanah Dato Seri Terbongkar? Seorang penasihat sebuah syarikat pemaju hartanah bergelar Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk direman 6 hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan skandal tanah melibatkan yayasan itu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 74 dan 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Skandal Tanah Dato Seri Terbongkar? Dua beranak itu yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM, tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang kira-kira 10.50 pagi dan dilihat keluar dari bangunan reman pada jam 12 tengah hari tadi.

Penasihat dan anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM negeri dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Menurut kenyataan SPRM sebelum ini, kedua-duanya mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia.

Skandal Tanah Dato Seri Terbongkar?


Mereka dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara ditetapkan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal.

Skandal Tanah Dato Seri Terbongkar? Selain itu, perbuatan 2 beranak itu juga dipercayai mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri itu sejak beberapa tahun lepas. - fmt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.