`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 14, 2017

APA NASIB ZAKARIA, CEO FGV SELEPAS DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB INI?

Sebagaimana yang ditulis dalam blog ini pada 10 Jun lalu bahawa Lembaga Pengarah Felda Global Ventures atau FGV akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Zakaria Arshad pada Selasa 13 Jun, perkara itu akhirnya dimaklumkan kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, Lembaga Pengarah FGV memaklumkan bahawa Zakaria, CEO FGV dan Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Kewangan diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab secara bertulis surat tunjuk sebab berkaitan hutang tertunggak Safitex dengan Delima Oil Products, sebuah anak syarikat FGV.
Kedua-dua mereka juga akan terus diberi cuti sehingga menerima notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah FGV.
Apakah Zakaria dan Ahmad Tifli akan menjawab surat tunjuk itu sebagaimana yang diarahkan atau mereka akan meletakkan jawatan masing-masing sebelum tempoh tujuh hari itu berakhir?
Jika mereka menjawabnya, apa pula nasib mereka seterusnya selepas itu?
Adakah Lembaga Pengarah FGV boleh menerima jawapan mereka dan Zakaria serta Ahmad Tifli akan kembali semula sebagai CEO dan CFO atau penyingkiran jawatan akan berlaku?
Inikah yang dimaksudkan Najib Razak dalam ulasannya mengenai kemelut FGV bahawa ia mesti diselesaikan dalam Ramadan ini juga atau sebelum ketibaan Hari Raya Aidil Fitri?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.