`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 21, 2017

BOLEHKAH MAHATHIR DIPERCAYAI? (SIRI 3): ANCAMAN MAHATHIR TERHADAP ISLAM

DARI SUDUT LAIN
Persoalan yang kita tinggalkan pada siri lepas, apakah salahnya membiarkan Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, menggantikan Najib hari ini? Dalam siri kali ini, penulis akan menjawab persoalan ini.
Sebenarnya ramai yang tidak menyedari kerosakan di zaman Dr Mahathir adalah sangat teruk. Sepanjang 22 tahun pemerintahannya, berbagai penyelewengan dan penindasan yang berlaku dalam berbagai bentuk. Cuma yang berbeza adalah pada waktu itu tiada media sosial seperti hari ini. Kerajaan menguasai media secara amat dominan. Lobi beliau terhadap rakan dunia Islam lain juga hebat. Boleh dikatakan corak pemerintahan beliau adalah kukubesi atau diktator.
Rasanya tidak cukup untuk menyebut semuanya dalam satu tulisan. Jadi pada siri ini penulis fokuskan dahulu kepada sikap prejudis beliau terhadap Islam.
Sebenarnya, pada zaman beliaulah kedudukan Islam dalam negara ini terancam. Sebagai pemimpin negara bermajoriti Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang menghina Islam dan syariatnya. Walhal beliau sendiri yang sering mencanangkan Malaysia adalah negara Islam. Malangnya beliaulah paling lantang mengkritik syariat Islam sejak dahulu, sebagai respon terhadap perjuangan PAS yang mahu menegakkan syariat Islam.
Tidak cukup dengan itu, di zaman beliaulah penghantaran pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), Maahad Tahfiz dan Pondok ke Universiti Al-Azhar, Mesir, telah disempitkan. Pada tahun 2000, kerajaan telah memperkenalkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kesannya selepas itu, Al-Azhar tidak lagi mengiktiraf sijil-sijil SAR, Maahad Tahfiz dan Pondok, termasuk institusi pendidikan Islam yang sebelumnya ada kerjasama atau MoU dengan Al-Azhar. Kerajaan Malaysia pimpinan Dr Mahathir mendesak hanya pemegang sijil STAM sahaja diterima.
Perkara ini terus berlanjutan apabila kerajaan Malaysia mula menetapkan bahawa mereka yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja boleh melanjutkan pelajaran. Tidak lagi seperti dahulu di mana pelajar yang memiliki sijil agama mengikut ketetapan Universiti Al-Azhar bebas untuk berdaftar dan menjalani penilaian terus oleh Universiti, tanpa perlu disaring oleh kerajaan. Hal ini dipercayai kerana kebanyakan graduan Al-Azhar dan univeristi Timur Tengah yang lain didapati menentang pemerintahannya.
Sikap anti beliau terhadap Islam yang tulen terserlah apabila beliau membela seorang berpemikiran anti-Hadis bernama Dr Kassim Ahmad. Dr Kassim Ahmad adalah orang yang menolak hadis Nabi dan yang terakhir berpandangan tiada syahadah atau persaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalimah syahadah.
Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995 telah mengharamkan buku Kassim Ahmad bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula. Malangnya Mahathir mempertahankan beliau dan menuduh orang yang menentangnya sebagai tidak mampu berhujah. Perkara ini dijelaskan Dr Mahathir selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 18 Februari 2014:
“Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dikata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.”
Sehingga hari ini, Dr Mahathir masih dengan sikapnya yang sama. Beliau antara yang menolak pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS. Kenyataan terbaru masih menghina hukuman hudud yang disyariatkan Allah di dalam Al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.