`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 15, 2017

CAP nasihat ‘orang kaya baru’ elak boros pada Ramadan, raya

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang bimbang melihat golongan berpendapatan rendah cuba meniru gaya hidup mewah dengan berbelanja lebih sehingga dibebani hutang dan membawa masalah kepada keluarga.
Mohamed-Idris-capPETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mengingatkan umat Islam, khasnya golongan elit dan “orang kaya baru” supaya tidak membazir dan boros menjelang Aidilfitri.

“Mereka berbelanja dengan mewah dalam menghiasi rumah, membeli perabot mahal, langsir, pakaian, jam tangan dan barangan peribadi lain.
“Ketika purata pendapatan isi rumah rakyat kita kurang daripada RM2,000 sebulan, beg tangan ‘orang kaya baru’ bernilai lebih RM20,000,” kata Presiden CAP, S M Mohamed Idris dalam kenyataan hari ini.
Beliau bimbang melihat golongan berpendapatan rendah cuba meniru gaya hidup mewah itu dengan berbelanja lebih sehingga dibebani hutang dan seterusnya membawa masalah kepada keluarga serta anak menjadi mangsa.
Katanya, iklan jualan yang tidak mengelirukan pengguna dan tidak melanggar peraturan boleh diterima, tetapi beliau mempersoalkan tujuan mengaitkan promosi itu dengan sambutan Aidilfitri.
“Ia telah mencemarkan kesucian hari yang mulia itu. Apakah yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan ulama? Mereka perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan sekularisasi Islam ini.”
Katanya, tindakan golongan kaya menghamburkan kekayaan dengan pembaziran dan pemborosan ialah satu dosa serta jenayah, ketika dunia khasnya di banyak negara Islam dibelenggu masalah kemiskinan.
Beliau berkata, pembaziran makanan yang berlaku pada majlis rumah terbuka anjuran pelbagai organisasi, parti politik, ahli politik, korporat dan orang kaya sepatutnya digunakan untuk menyediakan biasiswa kepada anak orang miskin dan membantu gelandangan.
“Sambutan secara sederhana boleh dianjurkan umat Islam dan penduduk bukan Islam dalam kejiranan mereka yang akan menggalakkan pemahaman lebih besar, perpaduan dan persahabatan dalam kalangan mereka.”
Kelmarin, perdana menteri menerusi blognya meminta rakyat menggunakan kemuliaan Ramadan ini untuk mengelakkan pembaziran makanan kerana bulan ini sepatutnya membantu mendidik ummah untuk bersikap lebih sederhana dan berjimat-cermat.
“Ironi sekali apabila Ramadan yang dikatakan sebagai bulan kita mengekang hawa nafsu bertukar menjadi bulan yang mana kita membazir seolah-olah menjadi kebiasaan,” tulis Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, perasaan lapar dan dahaga ketika berpuasa membuatkan umat Islam rambang mata serta tidak kisah memperuntukkan perbelanjaan tinggi bagi menyedia atau membeli juadah buka puasa di kedai atau bazar.
Statistik menunjukkan rakyat negara ini dianggarkan membuang 270,000 tan makanan tidak diusik pada setiap Ramadan dan jika disusun, longgokan makanan itu setinggi 30 bangunan KLCC. -Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.