`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 15, 2017

ORANG ‘CEMBURU’, GELARAN DOKTOR IBRAHIM ALI ‘DISIASAT’ DI KEMBOJA

KUALA LUMPUR – Mendapat gelaran doktor falsafah (PhD) dari sebuah universiti di Kemboja mengundang rasa tidak percaya pihak tertentu terhadap kebolehan Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Perkasa berkata padahal tiada jalan pintas baginya untuk mendapat kelayakan akademik itu dan segalanya dilalui menerusi prosedur yang betul.
“Ada orang terkejut sampai Kementerian Pengajian Tinggi menerima aduan macam mana saya boleh dapat PhD.
“Pengadu meminta maklumat terperinci bila saya dapat gelaran itu dan minta saya disiasat sama ada PhD itu cukup atau tidak tempoh dua tahun.
“Orang yang buat laporan itu juga pergi ke universiti Kemboja berjumpa dengan pentadbir universiti menyiasat kesahihan tetapi semuanya jelas.
“Kasihan mereka. Orang cemburu saya dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO baru-baru ini.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas mendapat kelulusan PhD pada April selepas melakukan penyelidikan selama dua tahun. Beliau dijangka bergraduasi tahun depan.
Penyelidikan “Affirmative Action for Indigenous Needs: Case Study of Universiti Teknologi Mara” mendapat kelulusan dari Universiti Teknologi Kemboja.
Ibrahim, 66, berkata bukan satu masalah untuk menyiapkan penyelidikannya kerana semuanya ditulis berdasarkan pengalaman.
“Tempoh diberi tiga tahun tetapi saya dapat siapkan dalam tempoh dua tahun.
“Malah saya boleh siapkan lebih cepat kerana tajuk yang dipilih sudah lama melekat di hati saya iaitu pendidikan Bumiputera.
“Perjuangan Perkasa tidak sedikit bercakap tentang hal itu. Ucapan-ucapan dasar saya semasa di persidangan agung Perkasa, bertimbun saya ada maklumat ini.
“Saya juga bekas pelajar UiTM kemudian menjadi ahli lembaga pengarah, laporan universiti saya ada, Jadi ia hanya menghimpunkannya saja,” katanya, merujuk Universiti Teknologi Mara.
April lalu, Persatuan Alumni UiTM mengucapkan tahniah kepada beliau atas kejayaan tersebut dalam satu kenyataan ringkas di laman webnya bersama foto hasil kajiannya.
– Malay Mail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.