`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Monday, June 12, 2017

Gambar 2 menteri Indonesia tidur di kerusi lapangan terbang

Gambar 2 ahli politik wanita terkenal nyenyak tidur menjadi perbualan ramai.
tidur_indonesia_600

PETALING JAYA: Dua gambar masing-masing menunjukkan 2 menteri kabinet Indonesia terbaring di atas kerusi di lapangan terbang, kini menjadi perbualan ramai di negara itu.
Satu daripadanya menunjukkan Menteri Kelautan dan Perikanan, Susi Pudjiastuti nyenyak tidur di atas sebuah sofa di balai menunggu VIP di Lapangan Terbang John F Kennedy, New York.
Susulan itu, satu lagi gambar muncul menunjukkan Menteri Sosial Khofifah Indar Parawansa tertidur di atas sebuah kerusi di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya.
Seluruh badan Khofifah ditutup selesa dengan kain batik, sementara begnya dijadikan bantal.
“Pesawatnya masih lama, Ibu Khofifah ‘nyuri waktu’ buat tidur,” kata salah satu kakitangan kementerian, Joko Haryanto, yang memuat naik gambar itu di Instagramnya.
Sebelum itu, gambar Susi terbaring di New York menjadi tular dan mengundang pujian ramai.
Susi ke New York untuk menghadiri persidangan maritim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana beliau turut menerima pujian bintang Hollywood Leonardo DiCaprio atas usahanya membanteras perikanan haram dan melindungi khazanah laut.
“Tetap sehat dan jangan putus asa mengurus negara yang hampir dihancurkan oleh perasuah ini Ibu Susi,” tulis pengguna Facebook Jim B Aditya yang memuat naik gambar Susi. -FMT

No comments:

Post a Comment