Dialog antara agama membincangkan kepentingan berpuasa dan erti sebenar berpuasa mengikut ajaran masing-masing.
KLANG: Orang Islam dan penganut agama lain berkumpul di Restoran Keluarga Govind hari ini untuk membincangkan mengenai satu ibadat yang ada dalam agama masing-masing – berpuasa.
Dialog antara agama anjuran Ahli Parlimen Klang Charles Santiago itu menyaksikan speaker seperti Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa, penulis Vijaya Samarawickrama yang mengikut ajaran Buddha, Pastor Methodist Kristian Gary Yeoh dan Ketua Biro Agama Hindu Sangam Malaysia M Bala Tharmalingam.
Semua speaker bercakap mengenai kepentingan berpuasa dan “erti sebenar” berpuasa mengikut ajaran agama masing-masing.
Mujahid berkata tujuan utama berpuasa bagi orang Islam ialah mencari ketenangan jiwa.
Beliau berkata masyarakat damai boleh dicapai dengan mudah jika orang Islam mencapai ketenangan jiwa itu.
“Apabila kamu berpuasa, kamu tidak boleh menghina agama lain atau menghancurkan rumah ibadat. Kita perlu berpuasa agar ada ketenangan dalam jiwa.
“Malangnya, sesetengah orang Islam tidak faham maka Ramadan dicemari peristiwa, di dalam dan luar negara.”
Gary Yeoh pula berkata sikap semasa berpuasa lebih utama daripada tindakan berpuasa itu sendiri.
“Kitab Yesaya membezakan antara puasa sejati dan puasa palsu. Kalau kamu tidak berpuasa untuk Tuhan, maka itu bukan puasa sejati.
“Puasa sangat mudah menjadi tanpa perasaan lalu kita terlupa sifat keseluruhan puasa itu.”
Vijaya berkata pengikut Buddha percaya puasa supaya manusia mencapai aras lebih tinggi dengan mengutamakan minda dan menafikan keinginan tubuh.
“Ia mengenai menawan diri sendiri apabila kamu tidak membenarkan tubuh kamu – atau nafsu – menguasai diri.”
Beliau berkata pengikut Buddha juga percaya manusia memupuk belas kasihan melalui berpuasa.
“Orang Islam dan Kristian juga bersetuju. Hanya apabila berlapar kita sedar kepayahan mereka yang kurang bernasib baik.”
Bala berkata bulan Ramadan yang diraikan dengan tekun di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk mengeratkan persaudaraan.
“Ramadan mengalakkan semua orang untuk kembali kepada kitab suci masing-masing dan menyedari berpuasa juga ada dalam agama kita.” -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.