`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 22, 2017

Isa Samad wirid selama sejam setiap kali lepas solat subuh kata penyokong

KECAMAN dan kritikan peneroka serta orang ramai terhadap tadbir urus teruk Tan Sri Isa Samad yang menerajui FELDA dijawab dengan hujah yang tidak ada kena mengena oleh salah seorang penyokongnya.

Kenyataan yang ditulis oleh salah seorang penyokong Isa Samad itu menjadi tular (viral) di laman sosial, sekaligus menerima pelbagai reaksi netizen.


Daud Ibrahim, dipercayai salah seorang penyokong kuat Isa Samad mendakwa, Isa Samad khatam Al-Quran sekurang-kurangnya dua kali setiap kali bulan Ramadan. Beliau juga didakwa berwirid selama sejam setiap kali selepas solat subuh.

"Orang yang tak kenal dia, kutuk dia 'si pendek', 'makan rasuah' dan sebagainya. 

Tapi saya yakin kawan-kawan, yang kutuk dia tak tahu bahawa, Tan Sri Isa ni khatam Quran dalam bulan Ramadan setiap tahun sekurang-kurangnya dua kali.

"Orang tak tahu, Tan Sri Isa ni setiap kali lepas solat subuh berwirid selama sejam," tulisnya di laman facebook.

Dakwanya lagi, Isa Samad juga turut mengimamkan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan selain membaca Al-quran setiap hari, walaupun bukan di dalam bulan Ramadan.

Orang ramai mengkritik Isa Samad kerana telah menyebabkan kerugian besar kepada Felda yang diterajui olehnya, tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan amal ibadah dilakukan olehnya.

Muka hadapan mingguan perniagaan dan pelaburan, The Edge sebelum ini melaporkan bahawa Felda Global Venture (FGV) telah mengalami kerugian sebanyak RM13.4 billion sejak tahun 2012.


Selain itu salah satu punca Isa Samad digelar sebagai "kaki rasuah" dipercayai kerana beliau pernah digantung sebagai ahli Umno oleh lembaga disiplin parti itu, selama 6 tahun di zaman pemerintahan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi (tahun 2006) atas kesalahan rasuah.


-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.