`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Wednesday, June 21, 2017

Lepas Putus Tahaluf Sekarang PAS Mahu Berbaik Dengan PKR...

PAS masih terbuka kerjasama dengan PKR, PPBM 

PAS yang mengetuai Gagasan Sejahtera sebagai blok ke-3 masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan semua parti termasuk PKR dan PPBM, tetapi bukannya Amanah serta DAP, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Naib presiden PAS itu dipetik Harakah Daily berkata, pelawaan itu terbuka kepada PKR dan PPBM, jika mereka hendak memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP untuk menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 


Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, Gagasan Sejahtera yang terdiri daripada PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) sedia berdepan saingan pelbagai penjuru pada PRU14. 

“Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali PAN (Amanah) dan DAP, tidak kira apa bentuk hubungan seperti kerjasama atau persefahaman. 

“Bahkan kita menawarkan kepada PPBM dan juga PKR untuk bersama kita, sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH (Pakatan Harapan),” katanya dipetik Harakah Daily pada dialog bersama media sempena program berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar, semalam. 

Pada muktamar 2015, PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Ia juga berkeras tidak akan bekerjasama dengan parti serpihannya, Amanah. 

Pada 12 Februari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menutup pintu kerjasama dengan PPBM dengan alasan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah. 

Pada 11 Mei lalu pula, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama hampir 18 tahun dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah. 

Parti Islam itu mendakwa PKR melanggar 3 syarat kerjasama, termasuk gagal menyokong PAS dalam agenda Islam dan menentangnya pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lalu. 

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam reaksinya berkata, parti itu terbuka untuk menjalin kerjasama dengan PAS, tetapi mereka akan tetap bekerjasama dengan Amanah dan DAP bagi menghadapi PRU14. 

Ahli Parlimen Batu itu berkata, parti reformasi itu akan mengkaji sebarang cadangan dikemukakan PAS. 

“Kita akan mengkaji apa sahaja cadangan untuk bekerjasama, tapi pendirian kita jelas, kita akan bekerjasama dengan semua parti termasuk PPBM, DAP dan Amanah dan kita mengalu-alukan kerjasama dengan PAS. 

Tapi bentuk ini kita boleh kaji,” katanya ketika dihubungi FMT malam ini. 

PH ditubuhkan DAP, Amanah dan PKR pada September 2015, dengan PPBM secara rasmi menjadi parti komponen ke-4 pada Mac lalu. 

Dalam Gagasan Sejahtera pula, PAS dan Berjasa membawa aliran politik Islam, sementara Ikatan berdasarkan konstitusionalisme. 

Pada 15 Mei lalu, PAS mengumumkan hasrat Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menyertai Gagasan Sejahtera yang diasaskan pada 16 Mac 2016. 

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, PCM perlu tahu hala tuju dan dasar Gagasan Sejahtera terlebih dahulu sebelum menyertainya. 

April lalu, bekas ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yakin PAS akan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen, di samping memerintah 5 negeri, pada PRU14. 

Ketika ini, PAS mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, yang ditawan sejak 1990. -FMT 

Amanah tidak pelik PAS kembali sudi bersama PKR, PPBM

KUALA LUMPUR: Amanah tidak pelik PAS sekali lagi mengubah pendirian mereka berhubung kerjasama dengan PKR dan PPBM.

Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata sikap tiada berpendirian tetap sudah sinonim dengan pimpinan bekas partinya sekarang.

“PAS boleh buat keputusan hari ini, kemudian esok berubah, jadi saya tak pelik dengan ‘flip flop’ yang menjadi amalan pemimpin PAS hari ini,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Amanah hari ini.

Beliau mengulas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata Gagasan Sejahtera masih terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagaimanapun PKR dan PPBM perlu memutuskan hubungan Amanah dan DAP, tambahnya.

PKR dan PPBM serta DAP dan Amanah menganggotai Pakatan Harapan.

PAS mewujudkan Gagasan Sejahtera, yang dianggotai parti kecil seperti Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). Parti Cinta Malaysia dilaporkan berminat untuk menyertai pakatan itu.

Pada 11 Mei lalu pula, Majlis Syura Ulama PAS mengambil keputusan menamatkan kerjasama hampir 18 tahun dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah.

Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 12 Februari menutup kerjasama dengan PPBM, dengan alasan mereka tidak mahu bekerjasam dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada 2015. Amanah ditubuhkan bekas pemimpin veteran parti itu selepas tewas pada pemilihan parti tahun itu.

Dalam sidang media sama, Salahuddin memaklumkan senarai pucuk pimpinan Pakatan Harapan akan diumumkan selepas sambutan hari raya.

Ini kerana mereka gagal mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan barisan kepimpinan PH sebelum Aidilfitri.

“Kita tidak ada masa untuk mengadakan mesyuarat beberapa hari ini kerana hari raya akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata Majlis Presiden PH akan kembali bermesyuarat mengenai senarai kepimpinan pakatan dan logo bersama mereka selepas sambutan hari raya.

Sebelum ini Salahuddin berkata barisan penuh pimpinan PH akan diumumkan sebelum hari raya memandangkan gabungan itu sedang memperkemaskan senarai ahli jawatankuasa dan melakukan sentuhan terakhir ke atas logo PH.




ULASAN GB 

Demikianlah betapa tidak karuannya PAS sekarang ini. 

Dulu angkuh dan sombong kononnya PAS mampu bersendirian. Tetapi dalam masa itu dicari-carinya parti yang mahu bersamanya, terjumpalah IKATAN yang keahliannya cuma 72 orang. Lalu terbentuklah Gagasan Sejahtera. Apabila terdengar ura-ura PCM (Parti Cinta Malaysia) mahu menyertai Gagasan Sejahtera, heboh sekejap ... tetapi malang, bertunang pun tak jadi kerana ahli-ahli PCM yang kebanyakannya bukan-Melayu tidak dapat menerima PAS. 

Dalam masa yang sama, PAS terus-terusan menabur fitnah dengan segala cercaan dan makian kepada DAP dan AMANAH. Kononnya DAP dan AMANAH menentang hudud sedangkan kita sudah beritahulama malah mereka sendiri menyedari mereka sudah diperbodohkan UMNO menegenai Hudud dan RUU. Ini diakui sendiri oleh Idris Ahmad, Naib Presiden PAS. 


Bagi AMANAH, sekalipun dituduh sebagai parti nyamuk, namun terus mendapat sokongan rakyat dengan aktiiviti dan programnya tidak berhenti-henti setiap malam. Ada saja siaran LIVE di sana sini yang disiarkan di laman FB dan youtube dengan jumlah penontonnya ada kalanya mencecah puluhan ribu orang. Satu perkembangan baharu dan menarik dimana AMANAH kini menerajui penggunaan media baharu di dalam menyampaikan mesej perjuangannya kepada rakyat. Kewujudan MEDIA OREN yang merupakan "produk" AMANAH di setiap negeri membuktikan AMANAH sebagai parti yang serius menggunakan teknologi baharu di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. 

Apatah lagi AMANAH kini mendapat sahabat-sahabat baharu di dalam Pakatan Harapan selain dari sahabat lama iaitu PKR dan DAP. Kehadiran PPBM ataupun Bersatu menyemarakkan lagi nama Pakatan Harapan sebagai lawan sebenar UMNO-BN di dalam PRU14 yang akan datang ini. 

PAS terus makin tersudut dan terpencil. Mungkin kerana kesedaran Nik Amar bahawa PAS bakal kecundang maka sebab itulah beliau kini menyuarakan kononnya "pintu kerjasama masih terbuka untuk PKR dan PPBM" walhal Majlis Syura PAS telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. 

UMNO tersenyum piuas dengan gelagat PAS ini. Sekalipun UMNO gagal untuk memujuk PAS untuk bersamanya di dalam BN, tetapi PAS telah termakan dedak dan umpannya untuk keluar dari pakatan pembangkang. 

Dan PAS pula berhiruk pikuk menyatakan bahawa mereka ingin menjadi KING-MAKER! Seluruh makluk alam langit dan bumi ketawa berdekah-dekah dengan gelagat PAS itu. 

1 comment:

  1. Saran dari saya.Bagi anda yang megalami masalah misalnya: sakit udah kemana-mana berobat gak kunjung sembuh, trasfer janin jarak jauh bagi anda yang mau punya anak, gugur janin secara ghaib hamil diluar nikah, butuh pesugihan ghaib tampa tumbal, butuh pesugihan uang balik, butuh ilmu pelet, butuh angka togel dan lain-lain.
    Hubungi/sms aja di no aki arso di 0852 9532 3157.
    Saya sekeluarga sangat berterima'kasih kepada aki arso karena saya jadi sukses berkat pesugihan beliau , berkat pesugihan tampa tumbal aki arso saya akhirnya bisa merasakan ketenanga,kebahagian serata mengatasi problem ekonomi kami dan saya sangat ber'syukur sekali,karena aki arso gak akan mengecewakan saya, dan berkat beliau membantu saya dalam pesugihan tampa tumbal Rp.200 juta dengan mahar cuman Rp,1,100,000.Dan alhamdulilllah akhir'nya saya bisa juga melunasi semua utang-utang saya.
    Awalnya saya ragu dan gak percaya, karena aki arso sudah 2x membantu saya pertama pesugihan tampa tumbal yang kedua mengobati penyakit saya yang hampir 5 tahun saya derita. maka dari itu sekarang saya yakin dan percaya gak akan ragu lagi sama aki arso.Informasi soal pesugihan aku sebarkan di Fecebook atas perjanjian saya dengan aki arso.karena sebelumnya saya pernah berjanji kepada aki arso kalau nanti pesugihan dari aki arso terbukti berhasil saya akan sebarkan Informasi soal pesugihan ini.kalau kalian gak percaya dengan apa yang saya katakan ini. itu terserah kalian, kalau ada orang yang fitnah aki arso. Itu hanya penjual jamu yang iri hati dan mau menjatuhkan nama baik aki arso, alangkah baiknya kalau kalian buktikan saja sendiri pesugihan dari aki arso.karena saya sudah buktikan sendiri kalau pesugihan tanpa tumbal dari aki arso benar-benar nyata terbukti akurat dan positif berhasil 100%. Jika beniat mau dibantu silahkan klik di PESUGIHAN TANPA TUMBAL

    ReplyDelete