`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 7, 2017

‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’

Ketika tumpuan awam diberikan kepada Tan Sri Isa Samad dan Zakaria Arshad, mungkinkah terdapat sosok lain yang mungkin dapat merungkai kemelut dalaman Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), iaitu perdana menteri sendiri?
Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin berkata Datuk Seri Najib Razak juga perlu tampil mengambil tanggungjawab penuh dalam isu itu.
“Beliau dilihat sebagai punca utama yang berada di belakang Isa Samad dalam mengawal perjalanan Felda selama ini,” katanya.
Kemelut FGV bermula apabila Isa dilihat cuba menyingkirkan Zakaria yang dikaitkan dengan tunggakan hutang sebuah syarikat asing kepada anak syarikat itu Delima Oil Sdn Bhd.
Zakaria bagaimanapun menolak bertanggungjawab kerana skim kredit yang diguna pakai telah berlangsung sejak sebelum beliau menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) lagi dan ia tidak sampai 0.2 peratus daripada perolehan kumpulan perniagaan itu.
Kebanyakan pemimpin pembangkang pula cenderung menyatakan sokongan terhadap Zakaria manakala anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata kedua-dua mereka harus berundur untuk memberi peluang kepada muka baru untuk menjana keuntungan kepada peneroka.
Dalam kenyataan hari ini, Shazni berkata siasatan audit dalaman yang diumumkan Isa sebagai pengerusi FGV juga perlu diperluas melibatkan pihak lain.
Ini termasuk Najib, keseluruhan operasi FGV dan Isa sendiri.
“Kami berpendirian sebarang proses siasatan tanpa melibatkan perdana menteri hanyalah wayang untuk mengekalkan beliau di puncak kuasa,” katanya.
Shazni juga mengaitkan kerugian Felda, termasuk pada suku ketiga tahun lepas, dengan dakwaan penyelewengan.
Pemuda AMANAH juga membangkitkan kebimbangan mereka terhadap paras nilai saham FGV yang kini berlegar-legar antara RM1.40 hingga RM1.90 seunit, sedangkan ia dikatakan akan menjadi “durian runtuh” buat warga Felda.
– M’kini

1 comment:

  1. Saya ibu surthy tki singapore saya hadir berkomentar di dalam blog ini,cuma ingin menceritakan kisah nyata,sekaligus mau mengucapkan banyak terimah kasih kepada Mbah Sero,atas bantuannya semua hutang2 saya sudah pada lunas,nomor togel yang Mbah berikan lansung 4d bocoran singapore,syukur alhamdulillah tembus dapat kemenangan 800.juta,itu dalam bentuk uang indo,kemarin saya sangat bingun karna hutang banyak,syukur sekarang sudah senang tidak memikirkan hutang lagi,saya tidak akan melupakan bantuan Mbah,apa bila saya sudah pulang ke indo saya akan berkunjung kepondok Mbah untuk silatu rahmi,bagi saudarah2 yang lagi terlilit hutang jangan anda tutus asa,kalau mau sukses seperti saya silahkan tlpn atau sms Mbah Sero di nomor O82~370~357~999 beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberikan bukti,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya terima kasih....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.