Badan-badan penting dalam negara digesa campur tangan dalam isu dakwaan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta wang SRC International daripada Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat gesaan itu terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN), “demi menjaga nama baik negara”.
PAS juga percaya Najib dan Shafee akan terus membisu terhadap dakwaan itu.
“Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak,” katanya.
Tuan Ibrahim juga berkata untuk mempercepatkan siasatan, SPRM boleh berkongsi kertas siasatan mereka dengan Bank Negara dan LHDN.
“Sekiranya terdapat transaksi itu, di mana datangnya sumber duit itu dan apakah duit itu telah dibayar cukai?” katanya.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa perdana menteri membayar wang yang banyak itu menggunakan dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Menteri kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata laman pendedah maklumat itu “tiada kewibawaan” dan beliau justeru tidak percaya terhadap dakwaan itu.
Dalam kenyataan hari ini, PAS juga menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membentangkan kertas siasatan terhadap dakwaan skandal SRC kepada umum.
“PAS yakin dua cadangan di atas pasti dapat membersihkan nama baik PM dan Shafee memandangkan peguam negara berkata kertas siasatan itu menunjukkan tiada kes untuk mendakwa PM,” katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim juga mengakui memang susah untuk percaya terhadap penjelasan di Dewan Rakyat bahawa Shafee hanya menerima RM1,000 untuk menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes Anwar.
Sementara itu, Tuan Ibrahim juga mengakui memang susah untuk percaya terhadap penjelasan di Dewan Rakyat bahawa Shafee hanya menerima RM1,000 untuk menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes Anwar.
“Ketika itu dan sehingga kini, rakyat sudah tertanya-tanya mungkinkah bayaran kepada Shafee sebegitu murah?” katanya.
Dokumen yang dipegang Apandi dalam sidang media pada Januari tahun lepas menunjukkan sekurang-kurangnya RM32 juta disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri dari SRC International.
Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar menerima wang berkenaan.
Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
– M’kini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.