`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Tuesday, June 13, 2017

Polis cari botol atau kayu dalam kes liwat remaja

Polis mempertimbangkan untuk mengubah pertuduhan terhadap 5 remaja didakwa menyerang mangsa berusia 18 tahun itu kepada meliwat tanpa kebenaran.
VIDEO INSIDE
liwat-remajaGEORGE TOWN: Polis akan memeriksa sebuah padang di Kampung Buah Pala, Gelugor untuk mencari objek yang digunakan untuk meliwat seorang remaja berusia 18 tahun, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, sepasukan forensik akan pergi ke padang itu untuk mengadakan pemeriksaan sekali lagi, walaupun polis menemui beberapa objek yang digunakan untuk menyerang mangsa pada awal pagi Sabtu lalu.
T Nhaveen, 18, seorang promoter di sebuah pusat beli-belah diserang dengan topi keledar oleh 2 lelaki, sebelum diculik dan dibawa ke sebuah padang di Jalan Kaki Bukit. Tiga lagi lelaki menyertai mereka dan didakwa memasukkan objek ke duburnya.
“Ahad lalu, seorang doktor pakar memaklumkan kepada kami tusukan 1 objek tumpul ke dubur Nhaveen. Kami tidak diberitahu mengenainya apabila mangsa dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya.
“Berdasarkan penemuan ini, kami akan memeriksa padang itu sekali lagi untuk mencari objek seperti kayu atau botol yang mungkin mencederakan Nhaveen,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini.
Anuar turut menjelaskan kesan lecur di belakang badan Nhaveen adalah parut akibat cucuhan puntung rokok, bukannya kesan terbakar seperti dilaporkan.
Katanya, 5 suspek yang ditahan mengaku menyerang Nhaveen, tetapi menafikan mereka menusuk objek ke dalam duburnya.
“Kami sudah mengambil keterangan daripada 5 doktor berhubung kes itu. Dua lagi keterangan diambil daripada rakan Nhaveen yang cedera dan satu lagi dripada abang suspek yang menghantar Nhaveen ke hospital.”
Anuar turut menafikan dakwaan pembabitan geng kongsi gelap terbabit dalam kes itu.
“Kami tidak dengar daripada keluarga yang adik perempuan Nhaveen berusia 16 tahun diugut. Kami akan hubungi mereka untuk soal siasat.”
Sementara itu, Anuar mendedahkan perkataan yang digunakan suspek terhadap Nhaveen.
“Dua lelaki itu mula-mula kata lama tak jumpa pondan, kemudian mereka turut kata awak ada misai kontot, awak pengecut,” katanya.
Anuar berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Tetapi, kami akan mencadangkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana ada bukti tusukan secara paksaan ke dalam duburnya.”
Seksyen itu merujuk hubungan seks dengan objek, iaitu mana-mana orang yang memasukkan objek ke dalam faraj atau dubur orang lain tanpa kebenaran. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 30 tahun serta mungkin boleh disebat.
Dalam pada itu, Mahkamah Majistret membenarkan tempoh reman 5 remaja berusia 16 hingga 18 tahun itu dilanjutkan.
Reman 3 daripada 5 suspek tidak bekerja itu dilanjutkan 3 hari lagi, manakala 2 lagi pelajar tingkatan 5 direman sehari lagi.
Jumaat lalu, Nhaveen dan rakannya, T Previin, 19, diserang 2 lelaki bermotosikal di sebuah gerai burger yang terletak di luar Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sardon, Gelugor.
Mereka dipukul 2 bekas rakan sekolah itu yang kemudiannya menghubungi 3 rakan lain. Kumpulan itu kemudiannya menculik Nhaveen ke sebuah padang di Jalan Kaki Bukit di mana mereka didakwa menderanya.
Previin yang sempat melarikan diri sebelum diculik, mengalami keretakan di tulang pipi dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Nhaveen yang tidak sedarkan diri dibawa abang kepada salah seorang penyerang itu ke Hospital Pulau Pinang pada jam 2 pagi Sabtu lalu.
Beliau kini bergantung kepada mesin sokongan hayat selepas doktor mengisytiharkannya “mati otak” disebabkan kecederaan di kepala, pinggul dan kemaluan.
Saudaranya berkata, Nhaveen turut menghidap sawan kerana mempunyai ketumbuhan kecil di otaknya. -FMT

No comments:

Post a Comment