`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 15, 2017

Ramkarpal: Kematian Nhaveen harus dikelaskan sebagai kes bunuh

Ramkarpal juga menggesa polis melakukan siasatan menyeluruh terhadap kematian remaja berusia 18 tahun itu, dengan harapan keadilan akan diperoleh.
ramkarpal-Nhaveen-4

PETALING JAYA: Peguam Ramkarpal Singh berkata kematian T Nhaveen, yang meninggal dunia seleas diserang dan diliwat dengan kejam Jumaat lalu, harus dikelaskan sebagai kes bunuh.
Beliau berkata kes itu perlu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, di mana orang yang berumur 18 tahun ke atas boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah, dan mereka yang berumur bawah 18 tahun boleh ditahan mengikut hukuman yang diperkenankan raja negeri itu.
Ramkarpal juga menggesa polis melakukan siasatan menyeluruh ke atas kematian remaja berusia 18 tahun itu, dengan harapan keadilan akan diperoleh.
“Polis perlu meneliti perkara itu dengan teliti. Sehingga ke lubang cacing kerana nyawa seseorang yang tidak bersalah hilang begitu sahaja.
“Ia merupakan satu perkara yang dahsyat. Seorang pemuda berbakat dengan masa depan cerah – sangat malang hidupnya terpaksa berakhir dengan cara begitu,” kata ahli Parlimen Bukit Gelugor kepada FMT.
Nhaveen sepatutnya pulang ke Universiti Limkokwing untuk mendaftar dalam kursus komposisi muzik pada 22 Jun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata hospital memaklumkan kepada polis yang Nhaveen meninggal dunia pada 6.00 petang.
Nhaveen diserang 5 pemuda dengan topi keledar pada Jumaat malam.
Mereka yang berumur 16 hingga 19 tahun, direman atas tuduhan merusuh.
Dia mengalami pendarahan dalaman dan kecederaan pada bahagian abdomen dan pada kemaluannya. Dia juga mempunyai tanda lecur dicucuh rokok di belakang badannya.
Duburnya ditembusi dengan objek tumpul.
Nhaveen dirawat di unit rawatan intensif berkaitan otak di Hospital Pulau Pinang.
Ramkarpal, yang menghadiri upacara doa untuk Nhaveen malam tadi, berkata ia “paling malang bagi Nhaveen di mana hidupnya dirampas secara kejam”.
Beliau menyampaikan ucapan takziahnya, sambil menambah doanya akan bersama keluarga Nhaveen sepanjang masa yang sangat sukar ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.