`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!







                                                                                                                                     KKLIU 1211/2017
CLICK HERE :http://oze.my/



Wednesday, June 21, 2017

Rasulullah Dan Maharaja Rom Heraclius

Someone sent me (thank you) the following from this site 




Membaca kisah Heraclius/Heracles, maharaja Byzantine atau “Rom Timur” dari tahun 610-641. Rupa-rupanya riwayat hidupnya banyak persamaan dengan Rasulullah s.a.w. Seolah-olah terdapat “parallel lives” antara mereka.

Dari tahun 602-628, berlaku perang di antara Byzantine (Rom) dan Parsi, dua kuasa terbesar. Pada peringkat awal, Rom dalam keadaan kekalahan.

Tahun 610, Heraclius menaiki takhta maharaja. Pada tahun itu juga Rasulullah menerima wahyu pertama.

Tahun 613, Heraclius melantik diri sebagai panglima, menggalas tanggungjawab menentang tentera Parsi. Pada tahun yang sama, Rasulullah mula berdakwah secara terbuka. Mereka mengalami rintangan demi rintangan.

Tahun 619, Heraclius telah kehilangan Syria, Mesir dan Jerusalem. Semangat moralnya berada di tahap terendah. Tahun 619 juga merupakan Tahun Berduka (Amul Huzni) Rasulullah, dengan kehilangan isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang merupakan tulang belakang Baginda selama ini.

Kemudian, berlaku turning point dalam perjuangan Heraclius dan Rasulullah.

Tahun 622, Heraclius mengubah strategi dari bertahan di dalam kota Constantinople kepada melancarkan counter-offensive di luar Constantinople, dengan itu Rom mencapai kemenangan pertama ke atas Parsi. Pada tahun yang sama, Rasulullah dan Muslimin berhijrah dari Mekah ke Madinah, membuka bab baru dalam perkembangan Islam.

Tahun 627, Heraclius mencapai kemenangan muktamad ke atas Parsi dalam Pertempuran Nineveh. Perang Khandaq juga berlaku pada tahun yang sama. Muslimin mencapai kemenangan muktamad ke atas pasukan Al-Ahzab Quraisy dan Bani Nadir.

Tahun 628, Parsi akhirnya berdamai dengan Rom. Tahun yang sama, Quraisy memeterai Perjanjian Hudaibiyah dengan kaum Muslimin.

Tahun 630, Heraclius memasuki Jerusalem sebagai pemenang dan mengembalikan salib True Cross yang dirampas oleh Parsi. Pada tahun 630 (20 Ramadan 8 Hijrah), Rasulullah menakluki Mekah tanpa pertempuran darah dan menyucikan Kaabah.

Masing-masing berjuang selama 20 tahun untuk merasai kemanisan kemenangan.

“Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ar-Rum, Ayat 4-5)


My comments : I cannot vouch for this story but keep this story in your memory somewhere.

No comments:

Post a Comment