`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 17, 2017

22 ajaran sesat diharamkan di Sabah

Usaha membendung perkara itu turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), polis dan pihak berkuasa lain.
Arifin-Arif-ajaran-sesatTAWAU: Sabah mengharamkan 22 ajaran menyalahi hukum syarak manakala 4 lagi sedang dipantau, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Arif.
Beliau berkata pengharaman itu berdasarkan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Negeri Sabah.
Antara diharamkan ialah Kumpulan Nasrul Haq, Ajaran Tuan Haji Uyut Utun, Ajaran Qadiani, Tariqah Hasaniah dan Kumpulan Tai Tujuhajaran, katanya kepada pemberita selepas seminar mengenai akidah dan ekstremisme agama hari ini.
Beliau berkata turut diharamkan ialah Aliran dan Dakyah Wahabiah, Ajaran Millah Abraham@Ibrahim, Fahaman dan Ajaran Hizbut Tahrir serta Laporan Kajian Buku-Buku Hairi Nonchi. 

“Kerajaan sentiasa menjalankan pemantauan bukan sahaja terhadap ajaran sesat yang telah difatwakan haram, malah terhadap ajaran yang diragui kesahihannya,“ katanya.
Mohd Arifin berkata usaha membendung perkara itu turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), polis dan pihak berkuasa lain.
Sementara itu beliau meminta pendakwah luar yang mahu berceramah di Sabah agar mendapatkan tauliah daripada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Jheains.
“Sekarang ini lebih mudah mendapatkan tauliah daripada dua jabatan ini menerusi talian e-tauliah,” katanya yang turut meminta pendakwah luar memahami nilai budaya Sabah sebelum berdakwah di negeri itu.
“Kena berhati-hati, jangan sampai nilai agama membuatkan kita berpecah, bergaduh kerana agama itu (mengajar) kasih sayang dan bermuafakat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.