`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 23, 2017

Kenapa JAS lulus 2 projek lain dekat kuari, soal datuk bandar

Datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata, Jabatan Alam Sekitar meluluskan pembinaan kampus sebuah kolej dan projek kediaman mewah berdekatan tapak kuari, di mana 11 pekerja maut ditimbus Sabtu lalu.
Maimunah-tanjung-bungahGEORGE TOWN: Datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini mempersoalkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kenapa tidak menolak 2 projek lain yang lebih dekat dengan tapak kuari yang menyebabkan 11 pekerja maut ditimbus tanah runtuh di Tanjung Bungah.
Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata, 2 projek itu terdiri daripada pembinaan rumah teres 3 tingkat dan kampus cawangan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC).
Beliau berkata, JAS memberi sokongan kepada pembinaan kampus cawangan TARC pada 22 Mei 2008.
“Kedua-dua tapak itu kurang 350m dari kuari itu. Lokasi tanah runtuh di tapak pembinaan itu melebihi 350m,” katanya di Komtar hari ini.
Semalam, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menyelia JAS, mendakwa ia menolak projek pembinaan kondominium, di mana tanah runtuh itu berlaku kerana terlalu dekat dengan sebuah tapak kuari granit.
Dalam kejadian 8.57 pagi Sabtu lalu, semua 11 mangsa yang sedang bekerja di bahagian bawah bangunan dalam pembinaan itu, maut tertimbus di bawah runtuhan lereng bukit itu.
Maimunah berkata, penolakan JAS bukan satu-satunya faktor dalam menentukan sesebuah projek pembinaan itu perlu diluluskan, seperti dalam kes di Tanjung Bungah itu.
Katanya, 24 agensi teknikal, termasuk JAS akan mengkaji permohonan itu dan MBPP akan mendengar kebimbangan semua pihak berkenaan sebelum memberi kelulusan kepada projek terbabit.
Beliau berkata, dalam kes Tanjung Bungah, walaupun JAS membantah, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sudah memberi kelulusan kepada projek itu pada 30 Disember 2014.
Maimunah berkata, JMG mengawal selia kuari dan hal berkaitan kestabilan lereng bukit.
Dalam sidang akhbar sama, Exco negeri, Chow Kon Yeow berkata, sebarang projek yang terletak 350m dari kuari boleh diluluskan di bawah garis panduan sedia ada.
Beliau berkata, tanah runtuh di Tanjung Bungah itu terletak 500m dari kuari dan tapak letupannya.
Sementara itu, Maimunah berkata, pusat sehenti (OSC) MBPP memberi kelulusan kepada projek perumahan mampu milik setinggi 49 tingkat itu. OSC ialah badan pembuat keputusan untuk kelulusan perancangan dalam MBPP.
Sebuah pelan bangunan yang diserahkan pada April 2015, diluluskan bulan berikutnya. Kebenaran memulakan kerja pembinaan diberikan pada 18 Januari 2016.
Kawasan itu dijadikan zon perumahan di bawah Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan.
“Tapak itu dikategorikan sebagai Kategori II dengan purata cerun di bawah 20 darjah. Ketinggian tapak itu lebih rendah daripada 250 kaki.”
Maimunah berkata, projek pembangunan itu mematuhi Garis Panduan Keselamatan Pembangunan Lereng Bukit 2012 yang disokong JMG.
“Jika piawaian persekutuan dipatuhi, pembangunan itu boleh diklasifikasi sebagai cerun Kelas II dengan kecerunan 15 hingga 25 darjah.”
Katanya, semua butiran itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Negeri yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.