`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, October 7, 2017

Kereta terbakar selepas rempuh pusat khidmat Adun Umno

Dua remaja lelaki nyaris maut apabila kereta mereka terbabas dan merempuh Pusat Khidmat ADUN Teluk Air Tawar awal pagi tadi.
eksiden--air-tawarBUTTERWORTH: Dua remaja lelaki nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, kereta yang dinaiki 2 remaja berusia 19 tahun itu terbabas sebaik tiba di persimbangan bersebelahan pusat khidmat Datuk Jahara Hamid itu.
Jurucakap polis berkata berdasarkan siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Persona itu dalam perjalanan dari arah Butterworth menuju ke Kepala Batas dan semasa kemalangan jalan di situ lengang.
“Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik berhampiran serta melanggar bahagian tepi bangunan pusat khidmat tersebut.
Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki 2 remaja berkenaan terbakar dan mereka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri dan berjaya keluar dari kenderaan tersebut,” katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth Mohd Faizwan Che Amat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1 pagi sebelum 7 anggota bersama 1 jentera tiba di lokasi kemalangan kira-kira 5 minit kemudian.
Katanya semasa tiba, api sedang marak dan sebahagian kereta mangsa telah terbakar serta kemalangan itu turut menyebabkan bahagian luar pusat khidmat berkenaan turut terbakar.
“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran dan memadamkan keseluruhan api dalam masa setengah jam.Tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya.
Kebakaran itu turut menyebabkan kerosakan pada dinding, perkakasan dan kelengkapan serta siling pusat khidmat ADUN berkenaan. -FMT

1 comment:

  1. How I Got My Loan From A Genuine And Reliable Loan Company

    My name is Mrs.Anna Daniel. I live in Ukraine and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $220,000,00 and was scammed by those fraudulent lenders and a friend introduce me to Mr.James Eric, and he lend me the loan without any stress,you can contact him at (urgentfastloan@gmail.com)

    LOAN APPLICATION FORM:

    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....
    Website You Heard About Us?......
    Email Him at: (urgentfastloan@gmail.com)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.