`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 24, 2017

Hantar SMS lucah, 2 lelaki didakwa



Mereka boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
law_sms_lucha_6002
SEREMBAN: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini masing-masing terhadap 7 dan 3 pertuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang wanita kira-kira 3 tahun lalu.
Nor Zeland Ithnin, 57, yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan Klinik di Pahang menghadapi 7 pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita itu di Bandar Baharu Sunggala, Port Dickson antara 5.26 pagi hingga 9.20 pagi pada 16 hingga 19 Ogos 2014. 

Othman Kadir, 68, Pembantu Perubatan Klinik di Melaka, berdepan 3 pertuduhan menghantar SMS lucah kepada wanita sama di tempat sama antara 12.29 malam hingga 4.03 pagi pada 6 hingga 7 Ogos 2014.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], boleh dihukum bawah Seksyen 233(3) akta sama, membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi membenarkan Nor Zeland dan Othman, masing-masing diikat jamin RM1,500 dan RM1,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dihadapi masing-masing dan menetapkan 27 Disember untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nazrul Nizam Mohd Zamri. - Mkini

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.