`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 23, 2017

Laporan: Hanya 6 daripada 60 menteri, timbalan undi RUU KPDNKK

Bagi pihak pembangkang, hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir manakala pemimpin tertinggi PKR serta PPBM yang lain tidak hadir.
parlimen1PETALING JAYA: Hanya 6 daripada 60 menteri dan timbalan menteri menyertai pengundian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Dewan Rakyat, pada malam Isnin lalu.
Sin Chew Daily melaporkan bagi pihak pembangkang pula, hanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang hadir, manakala pemimpin tertinggi PKR serta PPBM, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir.
Pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan dan bekas ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz juga tidak kelihatan dalam Dewan Rakyat.
Akhbar itu difahamkan wakil rakyat Barisan Nasional “mendapat berita” pihak pembangkang mahu meminta speaker Dewan Rakyat mengadakan undi belah bahagi RUU Perbekalan 2018 untuk Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bagaimanapun itu tidak berlaku.
Oleh itu, apabila tiba giliran RUU Perbekalan 2018 KPDNKK, ahli Parlimen BN dengan “senang hati” meninggalkan Dewan Rakyat untuk makan dan bersolat.
Enam menteri dan timbalan yang menyertai pengundian itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang dikatakan lewat memasuki Dewan.
Difahamkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong tidak sempat mengundi kerana memasuki Dewan pada saat akhir.
Isnin lalu, RUU Perbekalan 2018 KPDNKK diluluskan dengan majoriti tipis 1 undi, di mana 52 undi menyokong, 51 undi menentang dan 3 ahli Parlimen PAS tidak mengundi.
Kekecohan berlaku selepas Datuk Seri Ronald Kiandee mengumumkan keputusan itu, di mana Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut), Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) menjerit “tipu” kepada timbalan speaker Dewan Rakyat.
Ini kerana, ketika loceng undi belah bahagian dibunyikan, kebanyakan ahli Parlimen BN tidak kelihatan dalam Dewan Rakyat. Selepas loceng dibunyikan selama 2 minit berakhir, masih ada ahli Parlimen BN berlari ke dalam Dewan untuk mengundi.
Antara wakil rakyat BN didakwa lewat memasuki Dewan, tetapi dibenarkan mengundi termasuk Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah), Azalina dan Ismail Sabri.
Sementara itu, ahli Parlimen pembangkang yang menyertai perancangan itu memberitahu Sin Chew Daily, mereka tidak meminta undi belah bahagi diadakan untuk RUU Perbekalan 2018 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana wakil rakyat BN ramai ketika itu dan tahu pihak lawan mengetahui perancangan awal mereka.
“Daripada ‘body language’ mereka boleh nampak mereka lega dan keluar dari Dewan selepas RUU Perbekalan 2018 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan diluluskan.
“Kami tahu peluang sudah tiba, jadi apabila sampai RUU Perbekalan 2018 KPDNKK, kami melancarkan serangan dengan G Manivannan (PKR-Kapar) meminta undi belah bahagi diadakan.” -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.