`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Saturday, May 19, 2018

Bekas MB Nizar dilantik exco Perak


Lima daripada 10 exco itu ialah adun DAP, 3 dari Amanah termasuk Nizar dan 2 lagi wakil rakyat PKR.

Nizar Jamaluddin antara 3 wakil rakyat Amanah yang membarisi senarai 10 exco Perak.
KUALA KANGSAR: Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara 10 exco yang mengangkat sumpah jawatan hari ini.
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan berlangsung di depan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini.
Lima daripada exco yang dilantik itu dari DAP, iaitu Adun Sungkai, A Sivanesan; Wong May Ing (Pantai Remis); Yong Choo Kiong (Tronoh); Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi) dan Lee Chuan How (Pasir Pinji).
Selain Nizar yang merupakan Adun Sungai Rapat, 2 lagi exco yang mewakili Amanah adalah Asmuni Awi (Manjoi) dan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Titi Serong).
Dua lagi exco dari PKR iaitu Tan Kar Hing (Simpang Pulai) dan Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau).
Bagaimanapun, portfolio semua exco akan dimaklumkan kemudian.
Pada pilihan raya umum 9 Mei lepas, Pakatan Harapan (PH) memenangi 29 kerusi DUN, namun berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat majoriti mudah 31 kerusi apabila 2 adun Barisan Nasional (BN) menyokong PH.
Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang merupakan adun Chenderiang mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Perak ke-12 pada 12 Mei lepas.
Pada pilihan raya umum ke-14, Faizal yang bertanding atas tiket PPBM menewaskan calon BN, Chong Shin Heng dan Nordin Hassan daripada PAS dengan majoriti 39 undi. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.