`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 30, 2018

P-engikut A-jaran S-yaitan

Image result for Islam dan 1MDB

The following is an article written by Dr Mohamed Faizal Musa also known as Faisal Tehrani.  The blog heading above is mine.  My comments in blue.


Oleh Dr Mohamed Faizal Musa

Terdapat banyak pertanyaan dalam kalangan umat Islam, di manakah suara ulama dan agamawan tatkala 1MDB sedang mendapat perlindungan regim terdahulu ?

Mengapakah misalnya kaum ulama dan agamawan tidak dapat mencontohi sunnah terbesar Nabi Muhammad iaitu melawan penyelewengan dan korupsi.

Hari ini, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membuka seribu satu macam kisah hitam 1MDB yang disebutkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai bukan cerita rekaan dan sesuatu yang benar.

Ketika bangkai skandal kewangan ini sedang cuba ditutup dengan nyiru terdapat banyak insiden persekongkolan agamawan dan institusi agama secara sedar, mahupun tidak sedar.

Insiden bergomolkasih sepanjang gegarnya isu 1MDB ini menyebabkan kita tertanya; di manakah suara golongan agamawan? Mengapakah bukan mereka yang terkehadapan?

Wajar untuk kita melihat semula beberapa insiden persemendaan terang-terangan ini, iaitu ibarat bagaimananya berseronok-seronok dengan pasangan nikah misyar di siang hari Ramadan.

Tujuan merenung semula kemesraan agamawan 1MDB ini adalah sebagai satu muhasabah dan renungan. Moga-moga dengan keberkatan bulan mulia ini, kita umat Islam akan lebih jernih menilai.

Pada 21 hingga 23 Februari 2014 misalnya, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama 1MDB menganjurkan sebuah acara bernama “Seminar Magnet Kerjaya Pelajar Jakim-1MDB 2014”. Ia berjalan bersama-sama selebriti Islamis kesayangan ramai, Amin Idris.

Seminar ini dilaporkan dimeriahi oleh 50 orang “pelajar Jakim-1MDB” iaitu para penerima geran tahunan Jakim-1MDB yang melanjutkan pengajian agama di beberapa institusi pengajian Islam seperti Usim, UM, UITM, Unimas, UIA, Unisza dan Darul Quran Jakim. Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jakim, Ramlah Yong merasmikan penutup seminar tersebut sambil turut menyampaikan sijil penyertaan.

Kemudiannya, pada awal tahun 2017, Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih di blok pembangkang mengkritik perihal 1MDB menerusi Yayasan 1MDB yang membawa lebai dan siak masjid ke Mekah. Sejak 2011, yayasan itu dikatakan menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan haji.

Sebagai contoh, pada 2011, seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah itu bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200). Sementara pada 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak pula dipilih menyertai program itu.

Dr Mahathir menyatakan perbuatan menghantar lebai dan siak masjid menunaikan haji dengan tajaan 1MDB itu tidak ubah seperti “jika anda pergi dan menunaikan haji dengan wang curi, ia seperti tahu pinggan penuh dengan makanan haram, anda makan juga”.

Kritikan Dr Mahathir itu pada waktu tersebut, bukan sahaja tidak disahut oleh kaum ulama, dan agamawan. Sebaliknya mereka membidas Dr Mahathir beramai-ramai.

Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman misalnya dipetik berkata, “Hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak dan mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah, tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.”

Korupsi dan fekah

Penyimpangan dari niat sebenar kritikan Dr Mahathir itu menyebabkan persoalan korupsi yang lebih besar dipersoalkan menjadi satu isu fekah yang ringan.

Dalam pada itu, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sempat mengingatkan Mahathir supaya “tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain”.

Ikut menyuarakan nada yang sama ialah Exco Pemuda Umno, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya yang dilaporkan “menasihat Dr Mahathir dalam usia yang semakin lanjut” agar “lebih baik berehat dan menumpukan kepada ibadah beliau sendiri”.

Terdapat kaum agamawan di universiti ikut halai-balai mempertahankan kecuaian kaum agamawan ini. Mohd Hisham Kamal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam kertas berjudul “Memelihara Kemurnian Akidah dan Amalan Muslim: Peranan dan Cabaran Institusi Mufti Dalam Era Globalisasi”, sebagai contoh, menyatakan simpati golongan mufti ini disalah ertikan.

Dalam kertas terbitan Jurnal Kanun itu, mufti dihuraikan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jamaah dan mereka berusaha agar dapat meningkatkan “ketajaman berijtihad” dengan “bersikap proaktif mengeluarkan fatwa dan nasihat”.

Hisham dalam kertas itu amat kasihan terhadap mufti yang dikecam oleh pengkritik 1MDB.

Beliau menulis” “Mufti juga biasanya kelihatan bersendirian untuk mendepani sesuatu isu. Lebih mendukacitakan apabila kadang-kadang pendapat mufti disanggah oleh ahli agama lain.

“Kadang-kadang sesuatu nasihat atau pendapat daripada mufti dilihat oleh sesuatu golongan dalam masyarakat sebagai menyebelahi kerajaan hingga menimbulkan tuduhan dan fitnah terhadap mufti.

“Contohnya, baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mufti yang menyangkal dakwaannya bahawa jemaah haji tajaan IMDB tidak mendapat haji mabrur sebagai pengampu kerajaan.”

Khutbah Jumaat dan agamawan pekak

Sorak-sorai mengenai 1MDB dalam tahun-tahun 2014 sehingga 2017 itu jatuh ke telinga yang tuli dalam kalangan agamawan.

Meskipun tanda-tanda ekonomi negara sedang tenat dan terdapat kehebohan mengenai 1MDB, khutbah Jumaat yang disediakan Jakim kekal bergaya memuji kepintaran Datuk Seri Najib Razak dalam menguruskan ekonomi negara. Khutbah “Jihad Ekonomi” pada 30 Oktober 2015 sebagai contoh memuji Najib menurut prinsip Maqasid, dan konsep Wasatiyyah atau bersederhana:

“Seiring dengan itu, mimbar menyambut baik pengisian Bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, yang jelas menunjukkan tumpuan serius kerajaan terhadap usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi, mengurus impak pendedahan luaran dan melindungi kebajikan rakyat.

“Dengan tema Mensejahterakan Rakyat, ramai penganalisis ekonomi menyifatkan bajet kali ini, sangat menyeluruh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Usaha ini juga merupakan sebahagian daripada elemen jihad ekonomi kerana mematuhi kehendak prinsip Maqasid Syariah dan konsep Wasatiyyah (bersederhana) dalam konteks memelihara agama pada bidang ekonomi serta pembentukan jiwa dan akal masyarakatnya.”

Sementara pada 29 Disember 2017, khutbah Jumaat disediakan Jakim dengan judul “Kemakmuran Ekonomi Kesejahteraan Rakyat” menyamakan “transformasi dalam pengurusan” bagi bajet 2018 dengan transformasi pengurusan yang pernah dikemukakan Saidina Umar al-Khattab.

Persamaan itu “melalui pelbagai kreativiti dan inovasi yang berwawasan yang seterusnya menjadi tonggak penyebaran Islam dan pemerkasaan umat Islam”.

Mengapakah kita berdepan dengan ulama atau agamawan yang tidak peduli begini? Di manakah salahnya?

Salahnya ialah kita tidak mewarisi Islam yang benar daripada Rasulullah. Kita mewarisi “Islam Parameswara”.

Ulama “Islam Parameswara” adalah jenis ulama korporat atau keparat. Ia dapat kita lihat dalam sejarah pada Maulana Yusuf yang mengajar Kitab Maklumat kepada Sultan Mahmud tetapi membiarkan baginda membunuh seisi keluarga Tun Fatimah.

Atau ulama seperti Maulana Jalaluddin yang berpihak dan membantu Raja Kassim untuk membunuh Raja Rokan serta Sultan Abu Syahid yang masih kecil. Selepas berjaya melakukan penggulingan, Maulana Jalaluddin menuntut janjinya untuk dinikahi dengan perempuan bangsawan.

Agamawan begini, Ahlul-1MDB, tercermin pada kata-kata akhir Bendahara Paduka Raja, ketika nazak hendak mati.

Dia bersyarah panjang lebar dengan kata-kata akhirnya: “Raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana ia zillu’llah fil’alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, serasa kebaktian akan nabi Allah; apabila berbuat kebaikan kepada nabi Allah, serasa berbuat kebaktian kepada Allah taala. Firman Allah taala: ati’ul-laha wa’ati ‘ur Rasula wa ulil amri minhum yakni berbuat kebaktianlah kamu akan Allah, dan akan rasul-Nya, dan akan raja, inilah wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupa, supaya kebesaran dunia akhirat kamu semua peroleh.”

Demi kebaktian itu mereka sengaja memekakkan telinga meski seisi dunia memekik heboh mengenai korupsi.

Ya Ahlu 1MDB, Kum Fa’anzir.

Faisal Tehrani adalah nama pena Dr Mohd Faizal Musa dan penulis 7 buku yang diharamkan di bawah pentadbiran Najib Razak.


My comments :  A very timely reminder by Feisal Tehrani.  Folks, let us not forget the gomen ostard wal retards who not only closed both eyes but they supported Najib strongly through their corrupted Friday sermons, endorsing Najib's stealing and even putting their own fingers in the cookie jar. Many of them benefited in cash from Najib.

Remember that almost RM1.0 Billion budget for JAKIM? That was to buy their support for the kleptocracy.

These people are NOT ulama.  They are just  beggars abusing their positions for a few Ringgits.  This is their nature. No money no religion.

We really have to get rid of these parasites. The country really does not need them.

We have wasted too much money and resources putting these crooks in positions of authority over religion.  The time has come where they must be removed and the system cleansed of their presence. 

They are quite useless. They do not contribute anything to the human race.   

Islam really does not need these parasites.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.