`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 17, 2018

Syed Saddiq sindir Hishammuddin?

a group of people performing on a counter© Provided by FMT MEDIA SDN BHD
Jika sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dikatakan menyindir sambil mengucapkan tahniah Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dengan menekankan usianya, kali perkara sama diulang kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam Instastorynya yang dirakam papar netizen menunjukkan Saddiq menulis kapsyen, “The man who called me anak kucing when i contested in Muar (lelaki yang panggil saya anak kucing semasa saya bertanding di Muar,” sambil muatnaik video Hishammuddin mengangkat sumpah ketika di sidang Dewan Rakyat di Parlimen semalam.
Ini berikutan satu kenyataan Ahli Parlimen Sembrong itu beberapa lama dahulu yang menggelar Saddiq sebagai anak kucing yang masih baharu dalam arena politik dan perlu banyak belajar untuk mengenali rakyat di Muar.
Namun, perbuatan beliau mengenang semula kata-kata pemimpin kanan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang menyifatkan Saddiq bersikap kebudak-budakan atau “childish”.
a screenshot of a cell phone© Provided by FMT MEDIA SDN BHD
Saddiq diminta supaya bersikap profesional dan menghormati pemimpin yang lebih tua dan bukannya mengungkit perkara lama.
Bagaimanapun Saddiq cuba mempertahankan posting tersebut dengan berkata ia bukan dilakukan dengan niat untuk menyindir.
a screenshot of a cell phone© Provided by FMT MEDIA SDN BHD
“Apa yang bitter-nya? Saya tak mencaci atau mengkeji. Tak berniat nak memalukan pun. Sebab tu saya tag DS @HishammuddinH2O sekali. Sebelum ni pun dah banyak kali berinteraksi. Cuma nak tunjuk bahawa anak muda mampu & x sepatutnya diperkecilkan. A reminder to all, including me,” tulisnya.
Saddiq semakin menempa nama dalam arena politik sejak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysi (PPBM) di bawah kepimpinan Tun Mahathir Muhammad dan terkini selepas dilantik menjadi Menteri termuda dalam sejarah Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.