`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 1, 2019

Agong Minta Peneroka Felda Bersabar

(Sinar Harian) – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah meminta peneroka Felda di negara ini bersabar berikutan ketidakstabilan harga komoditi yang berlaku pada masa kini.
Titahnya, baginda dapat merasai dan memahami kedudukan Felda yang berdepan situasi tersebut hingga menimbulkan keresahan kepada peneroka di negara ini.
“Harap peneroka di Felda bersabar dan bermuhasabah kerana turun naik harga kelapa sawit memang mengikut pusingan ekonomi dan ia bukan tertakluk kepada kelapa sawit sahaja malah yang lain-lain turut mengalami situasi sama.
“Kerajaan Pusat dan negeri sedang berusaha mencari alternatif dan juga sumber-sumber lain untuk meningkatkan hasil peneroka Felda.
“Jadi saya berharap peneroka memberikan kepercayaan kepada pengurusan baharu Felda serta kerajaan untuk mencari jalan keluar daripada masalah tersebut,” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Daerah Maran di Masjid Felda Jengka 5 di sini hari ini.
Dalam pada itu, baginda percaya dan yakin jika semua pihak mempunyai pemikiran yang positif, sabar dan seterusnya memberikan kepercayaan kepada pengurusan baharu Felda yang cuba menangani masalah yang timbul sebaik mungkin.
“Sempena Ramadan ini, rakyat juga perlu menyuburkan sifat sabar sehingga ke bulan-bulan lain,” titah baginda.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, Pengerusi Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan barisan Exco Kerajaan Pahang.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan kepada 220 penerima asnaf dan golongan kurang berkemampuan dari daerah itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.