`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 10, 2019

Dr M enggan ulas dakwaan mahu pecat Azmin

Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita selepas menonton filem ‘Ejen Ali The Movie’, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas dakwaan Zuraida Kamaruddin bahawa beliau mengarahkan Presiden PKR Anwar Ibrahim memecat orang nombor 2 parti, Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video seks gay.
“Itu tak payahlah kot, tak payah tanya,” katanya kepada pemberita selepas menonton tayangan filem Ejen Ali The Movie, malam tadi.
Sebelum ini, Zuraida ketika berucap di hadapan penyokongnya pada majlis makan malam “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030” mendedahkan Anwar meyakinkannya bahawa individu dalam video seks gay yang tular adalah Azmin.
Zuraidah mendakwa dalam pertemuan mereka berdua, Anwar memberitahu Mahathir mengarahkannya memecat menteri hal ehwal ekonomi itu.
Dalam perkembangan lain, Mahathir turut enggan mengulas kenyataan anaknya, Marina Mahathir yang membantah filem biografi berjudul “Mahathir The Journey”.
“Yelah, itu saya tak boleh komenlah. Cerita berkenaan keluarga terlibat,” katanya.
Marina sebelum ini mendakwa filem itu tidak mendapat restu keluarga dan menyifatkan ia memalukan.

Penerbit filem tersebut bertegas tetap meneruskannya meskipun tidak menerima persetujuan Marina, sambil memaklumkan penerbitannya menerima kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.