`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 10, 2019

Suami romantik konon...

NURUL Nabihah menunjukkan perbandingan wang tulen RM100 dan wang palsu (kanan) yang diterima daripada lelaki berkenaan.© Provided by Harian Metro NURUL Nabihah menunjukkan perbandingan wang tulen RM100 dan wang palsu (kanan) yang diterima daripada lelaki berkenaan.rnoraina@hmetro.com.my
SEORANG lelaki di Seremban berpura-pura membeli tudung untuk hadiah buat isteri, namun menipu peniaga apabila membelinya menggunakan wang palsu.
Akibatnya, pemilik kedai tudung itu, Nurul Nabihah Jaafar, 36, mendakwa kerugian selepas menerima wang palsu RM100 daripada lelaki berkenaan.
Menceritakan kejadian, Nabihah berkata, lelaki itu datang ke premisnya yang beroperasi di Taipan 2, Senawang, kira-kira 5 petang semalam.
Menurutnya, lelaki itu datang seorang diri dan mendakwa mahu membeli tudung untuk dihadiahkan kepada isteri.
“Saya melayannya seperti pelanggan lain walaupun ini kali pertama saya menerima pelanggan lelaki sejak memulakan perniagaan bulan lalu.
“Selepas membuat pilihan, lelaki itu membeli tudung berharga RM37. Dia ke kaunter dan menyerahkan wang tunai RM107 sebelum saya memulangkan baki sebanyak RM70,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nabihah berkata, dia hanya menyedari wang berkenaan palsu selepas membuat perbandingan dengan wang RM100 miliknya.
“Ketika itu dia serahkan wang terbabit bersama tujuh keping wang RM1 menyebabkan saya tidak menyedari wang itu palsu. Apabila dia beredar, saya rasa tidak sedap hati lalu segera buat perbandingan,” katanya.
Katanya, dia cuba mencari lelaki itu di sekitar premis perniagaan berkenaan namun gagal, tambah pula premisnya tidak dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Nabihah berkata, perkongsiannya mengenai kejadian itu di laman sosial sekadar berkongsi pengalaman dan mengingatkan peniaga lain supaya lebih berhati-hati. - nst

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.